Isnin, 22 Jun 2009

COKLAT PT2

Sudah memahami asal usul koko dan coklat, sekarang aku mahu berkongsi sedikit maklumat ringkas mengenai perindustrian coklat/gula-gula di Amerika yang aku tonton di saluran History melalui Modern Marvels: Candy.
Sebelum itu, merujuk kepada laman web chocolateusa.com, pengeluaran coklat di Amerika adalah bermula lebih awal iaitu semasa pra-revolusi New England. Pada tahun 1765, kilang coklat pertama telah ditubuhkan di Amerika. Semasa Perang Dunia Kedua, angkatan tentera Amerika dibekalkan dengan coklat bar sebagai makanan ganti untuk mendapatkan tenaga sebelum bekalan makanan asas dapat dibekalkan. Kini U.S. Army's Meals Ready to Eat mengandungi coklat bar dan juga coklat kandi dan ianya juga telah dijadikan diet bagi angkasawan di sana.
Sebut mengenai Hershey Company akan terbayang-bayang coklat keluaran syarikat itu yang terkenal iaitu Hershey’s Kisses. Hershey Company mula ditubuhkan oleh Milton S. Hershey pada tahun 1894 dengan nama Hershey Chocolate Company. Jika berkunjung ke Amerika, tempat terkenal dengan produk Hershey adalah di Hersey, Pennsylvania yang mana merupakan nadi Hershey di buat oleh pemiliknya selepas pulang berhijrah dari New York kerana mengalami kegagalan untuk membuat gula-gula di sana. Sehingga kini, produk Hershey’s yang terkenal adalah Hershey’s Kisses yang diilham penghasilannya pada tahun 1907 (kini Hershey’s Kisses berperisa karamel dan ceri dihasilkan sehingga 10 juta sehari). Apa yang menarik Hershey Company merupakan syarikat coklat yang terbesar di Amerika Utara dan juga adalah kompeni coklat tertua di Amerika yang mana merupakan ikon coklat bar di sana. Kini Hershey Company menggunakan bantuan penuh teknologi mesin yang canggih (sehinggakan di akhir pemprosesan pembuatan coklatnya perlu diimbas menggunakan alat pengesan logam kerana ditakuti terdapat komponen logam yang tercicir daripada mesin-mesin yang canggih dan gergasi itu... hebat tu) dalam menghasilkan produknya (1.9 juta coklat bar dapat dihasilkan sehari) untuk dipasarkan ke seluruh dunia.
Selain Hershey’s syarikat gergasi yang mengeluarkan coklat sedap berjenama Van Houten juga tak kurang hebatnya. Amerika dan dunia mungkin perlu berterima kasih dengan keluarga van Houten kerana berjaya mencipta mesin yang boleh menghasilkan serbuk koko. Pada 1828, Coenraad Johannes van Houten (tak silap aku dia ni ahli kimia gak kot kt German) telah mempatenkan ciptaannya (ada yang cakap, sebenarnya ayah dia iaitu Casparus van Houten yang cipta dan paten cthnya cam dlm wikipedia ni; )
“In 1828 Casparus van Houten Sr. (and not his son, who is usually
credited)patented an inexpensive method for pressing the fat from roasted cacao
beans. The center of the bean, known as the "nib," contains an average of 54
percent cocoa butter, which is a natural fat. Van Houten's machine--a hydraulic
press--reduced the cocoa butter content by nearly half. This created a "cake"
that could be pulverized into cocoa powder, which was to become the basis of all
chocolate products”.


Rasa cam dah panjang pulak aku cerita huhuhu ok la cont lain entry coklat pt3 (citer pasal syarikat coklat yg kecil dan pelbagai rasa coklat yg menakutkan hehehe....Bersambung...

2 ulasan:

  1. rasa coklat yang menakutkan? errr....

    BalasPadam
  2. sarah: coklat yg menakutkan tu adalah coklat yg mempunyai pelbagai rasa pelik mcm rasa muntah, coklat yg ada serangga di dalamnya mcm ulat, kala jengking dan lelain.. kita x dpt nk update sbb dh hilang info dlm laptop hehehe

    BalasPadam