Tajuk di atas ini bukan ditujukan sebagai gelaran adi wira atau siapa-siapa bernama Adi.. Sebetulnya aku merujuk nama di atas untuk gambar di sebelah ini. Comel bukan?? Siang tadi aku 'tertonton' saluran discovery channel bersama saudara lelakiku, mengenai Adi aka Adolf Hitler.. Apa yang aku tonton siang tadi berkisar mengenai 42 cubaan membunuh terhadap Hitler yang dilakukan oleh rakyat Jerman sendiri, pegawai atasan kanan angkatan tentera yang mengkagumi Hitler namun dalam masa yang sama membencinya. Kesemua cubaan membunuh tersebut gagal meragut nyawanya kecuali hanya meninggalkan kesan luka kecil di tubuh. Daripada cubaan membunuh menggunakan sekecil-kecil pistol sehinggalah kepada taktik membunuh menggunakan bom yang di simpan di dalam kotak brandi, namun gagal mencabut nyawanya. Hitler menganggap dirinya sebagai dilindungi kuasa suci lantaran terselamat daripada cubaan-cubaan tersebut. Akhirnya akibat daripada kekalahan demi kekalahan yang di lalui semasa perang, 30/04/1945 Hitler menembak kepalanya sendiri di tempat persembunyiannya. Yang menariknya dia mati bukan di tangan musuhnya sebaliknya di tangan sendiri.. Mungkin dia lebih rela membunuh diri daripada dibunuh atau di hakimi atas apa yang di lakukannya. Namun bagi aku Jerman tidak boleh tidak harus berterima kasih kepada Hitler kerana semasa pemerintahannya telah memulakan industri automatif secara besar-besaran di Jerman dengan pembuatan kereta Volkswagen (bermaksud kereta rakyat dalam bahasa Jerman), yang mana sehingga sekarang menjadi antara jenama yang terunggul dalam dunia automatif. (Terfikir juga, kalu manusia itu tahu apa yang akan terjadi, takde lah sia-sia mati katak di bunuh Hitler iaitu mereka yang membuat 42 komplot pembunuhan Hitler tu...sbb semua cubaan tu gagal heheh pendek kata x perlu susah-susah sebab Hitler akan bunuh diri gak akhirnya).. Percayakah anda dengan Holocaust oleh Nazi di bawah pimpinan Hitler??? Aku??? ragu-ragu...
salam.
BalasPadamtahniah ain..
i really love this kind of story...education.
ain wat la citer cmni lagi..history plus education..atie mmg suka sangatttttt kisah2 cmni sumber pgetahuan..i really enjoy it.beshhhh...nk lagi?heheheh