Selasa, 16 Jun 2009

PRESIDEN

Aku antara berjuta-juta pengkagum beliau. Kemenangan beliau pada pilihan raya Presiden Iran yang lalu telah mengejutkan barat walaupun khabarnya akan ditentang hebat oleh bekas Perdana Menteri, Mirhossein Mousavi. Ketepikan soal beliau didakwa terlibat dalam penyelewengan oleh pencabarnya, ketepikan juga soal 700 rakyat Iran mengadakan perhimpunan haram membantah kemenangannya di hadapan Wisma Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di ibu negara. Aku tetap menjadi pengkagumnya. Bagi aku beliau adalah berjuta lebih baik daripada pemimpin yang lantang berkempen janji itu dan ini, bergaduh sesama sendiri, sebangsa dan seagama, tuduh menuduh dan semua itu akhirnya memualkan aku. Kita bangsa Melayu Islam bila lagi mahu menjadi penakluk, yang lantang bersuara menempelak dan menggertak si bacul barat??...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan