Ahad, 5 Julai 2009

HOBI PT1


Hobi…semua orang ada hobi …Atie ada hobi, Sarah ada hobi, William ada hobi, Ah Seng ada hobi, Rani ada hobi pendek kata, semua orang yang hidup dekat dunia ini mesti ada hobi. Tak kira hobi itu mahal, murah, susah, sakit, atau pelbagai rasa tapi impaknya mesti akan memberi satu rasa puas yang maksima kepada setiap penggemar hobi itu. Macam aku, hobi aku sama sahaja seperti hobi orang lain iaitu salah satunya adalah mengumpul setem. Sebenarnya hobi ini bermula agak lewat dalam hidup aku dan datang bermusim. Hobi ini datang hanya pada waktu tertentu iaitu tiap kali aku menjadi penganggur terhormat.
Ianya bermula ketika aku tamat STPM dahulu. Memandangkan aku tidak bekerja dan tidak melanjutkan pelajaran ke mana-mana, maka aku menyelongkar surat-surat lama keluarga aku. (sebenarnya saje nak baca surat-surat cinta lama kekawan aku huhuh). Dari situ aku tertarik untuk mengumpul setem-setem yang cantik itu. Entah mengapa tertarik hati pada warna, corak, gambar, yang ada pada setiap setem itu. Tiap kali memandangnya akan hadir perasaan tenang, aneh, misteri dalam hati, perut dan kepala aku...(huhuhu sumpah aku teringat cerita kat tv dulu pasal budak yg terperangkap dalam setem uhuhu).
Kini hobi itu menyerang lagi kali ini, selepas aku habis konvokesyen. Semalam aku beli album setem dengan harga RM 7.50 untuk menyimpan koleksi setem aku yang sebelum ini hanya diletakkan di dalam album gambar. (setakat ni aku ada lebih kurang 180 keping setem, maka dengan ini besarlah harapan aku agar mana-mana rakan yang mahu memberi setem yang tidak diperlukan kepada aku untuk dipenuhkan ke dalam album tu uhuhuh..) Masuk hari ini, sudah 30 kali aku membelek setem itu dan tidur bermimpikan setem..(sindrom biasa bagi pencinta hobi..hehe). Di sini aku sertakan fakta mengenai Filateli yang aku dapat daripada web Wikipedia dan Pos Malaysia. (tak sabar nak tunggu hari khamis 090709 sebab akan ada setem baru yang dikeluarkan Pos Malaysia heheh)
  1. Filateli merupakan aktiviti mengumpul dan menyusun bahan-bahan pos seperti setem pos, surat, sampul surat, dan bahan-bahan lain. Koleksi ini, sama ada setem, sampul-sampul surat, dan lain-lain selalunya didokumenkan untuk mengesan peristiwa-peristiwa besar dan bersejarah, serta peristiwa-peristiwa yang lain.
  2. Perkataan "filateli" dikatakan mula-mula dicipta di Perancis pada 1864 oleh Georges Herpin. Ia berasal daripada dua perkataan Greek: "philos" bermaksud kasih sayang dan "llateleiall" bermaksud tiada bayaran.
  3. Tidak diketahui bila filateli bermula, bagaimanapun ia dapat dipastikan bahawa filateli hanya bermula selepas setem pos diperkenalkan pada 1840.
  4. Album setem pertama telah dikeluarkan di England pada tahun 1854.
  5. Koleksi setem terbesar serta paling tua di dunia adalah kepunyaan DYMM Ratu England.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan