Rabu, 25 April 2012

Koleksi bb pt4

Yeay!! monday yang lepas dapat pos dari encik pos laju.. balik keje dah malam, masuk bilik tengok atas meja ada parcel.. hati dugeun-dugeun jek ^^ walaupon dah tau isi tu kehkehkeh  barang ini yang aku tunggu2... bb button set.. pin button tu besar duet 50 sen, yang lagi dua tu memang besar gedabak.. i like!!!
Official button set 2011 big bang concert bigshow rm73+shipping
So sekarang boleh stop dah dari berfikir bila bb item aku nak sampai huhuhu..  tapi sedih lagi sebab tak tahu apa cerita dengan t-shirt/dvd bigshow aku tu.. hope kedai on9 lagi satu itu tak tipu aku...

Sabtu, 21 April 2012

Penyiasat Remaja

Manga @ komik ini antara koleksi aku.. set lengkap Penyiasat Remaja Hajime Kindaichi.. kaki komik tahu komik Jepun ni.. start baca f1.. pinjam member... best! cerita penyiasatan.. watak utama penyelesai kes, budak sekolah berIQ 180.. Hajime Kindaichi, malas pergi sekolah, selalu jeles dengan inspektor Akechi, ada crush dengan Miyuki kawan childhood, agak dungu kadang2 pervert dan cucu kepada detektif terkenal Kosuke Kindaichi.. watak2 lain Miyuki Nanase yang sebenarnya saranghaeyo aishiteru dengan hajime, Inspektor Akechi yang kacak bergaya, Pakcik polis Kenmochi dengan watak sampingan yang lain.. dalam siri yang lain ada satu watak hitam yang aku suka, digelar ahli boneka neraka.. nama Takatoo, watak jahat yang kacak+genius.. suka gak watak saki (dimatikan jadi mangsa bunuh dan adik dia saki no 2.. ayat keramat kindaichi adalah " semua misteri telah dibongkari" or "demi tidak menjejaskan nama datuk!".. oleh kerana terlalu into dgn komik ni, aku pernah sedih gile bile komik ni di tamatkan.. ingatkan dah habes dah.. lps 4 thn kuar lagi siri tunggal.. ^^

Sekolah dulu selalu beli dkt pekan Ipoh. Kedai uncle India area The Stor.. skang tak tau lah ada lagi tak kedai tu.. lepas habes sekolah beli pulak dekat PAS (Plaza Alam Sentral).. time belajar UiTM, selalu outing gi beli or cari dekat 1 kedai ni yang jual/rent buku dan komik.. banyak siri yang aku x de aku dapat dekat situ.. selain itu, aku beli bila nak balek Ipoh time sem break.. kalu rajin balek ikut Pudu memang singgah beli dekat Pudu, bahagian atas ada kedai bro Cina ni jual macam2 komik.. time tu Pudu x cantik lagi la..  time banyak asap, panas, sempit.. Sekarang ni aku cari dkt Jusco Ipoh lah.. kedai auntie Cina ni, area food court berdepan dengan kedai kasut Bata...  

semua siri lengkap Penyiasat Remaja Hajime Kindaichi yang aku ada..

Overall komik Fumiya Sato+Seimaru Amagi ni tersangat lah osem ^^.. bagi aku komik ni bukan komik kosong2 lah.. sebab dalam komik tu ada macam2 trick yang direka+ilmu Sc+fact sejarah+geog dan lain2 lagi yang susah aku nak huraikan.. ingat lagi time exam SPM, ada soalan Sc aku jawab ikut teori dalam komik ni.. dan aku dpt Sc A1 hehehe tapi sayang lah sebab  komik nih dah hampir tamat.. sekarang nih dah jarang2 ada dekat kedai.. siri yang dikeluarkan banyak siri tunggal.. setahun adalah 2 kali kot komik ni ada.. Mmg jadi kenangan lah komik ni dengan aku..  hampir 14 tahun simpan dan aku takkan jual or buang.. semua komik nih dah masuk almari lah.. sekarang cari2 gak komik baru sebab nak kumpul yang lain, tapi belum jumpa yang sebest komik ni lagi.. ^^

Khamis, 19 April 2012

Setem pt1

Setem... Hobi.. dekat 2 tahun aku jadi pengumpul aktif.. Ini antara koleksi yang aku ada setakat tahun 2012. Aku hanya kumpul helaian setem/ setem [stamp sheet], lembaran mini [miniature sheet], sampul surat hari pertama dengan setem [FDC/ first day cover with stamp]..

Warisan tenunan / Legacy of loom / 120112

Isu yang paling aku suka ^^.. nak dapatkan setem ni mmg azab.. pagi2 dah sold out.. beratur jam 8.30 pagi, GPO Ipoh.. tak sampai 5 minit dah habis, yang tinggal helaian setem [stamp sheet] sahaja.. betul2 hot item sebab ada setem naga utk lembaran mini [miniature sheet].. ramai org Cina yang beratur pg tu pulang hampa.. Pos keluarkan hanya 1000 lbh sahaja cetakan lembaran mini.. so, jadi rare lah..tahun ni ada setem naga bersempena dgn tahun naga di dalam kalendar cina.. aku tak dapat kumpul lagi FDC utk isu ni.. igt nak beli lagi satu lembaran mini sbb nak bagi hadiah utk YB... 1988=dragon year ^^
Helaian setem RM 12
beli on9 dkt FB.. harga jd up RM18.. harga Pos RM8.. Naga emas tu yang  aku suka ^^


Selasa, 17 April 2012

Tunggu

Yesterday ryu home [kedai kpop on9] tag aku photo ni... tengah sesak dada buat kerja2 library, calling2 bebudak degil pulangkan buku, mata aku jadi cerah... ^^
credit photo untuk ryu's home
Mata cerah sebab button bb dah sampai.. button tu yg ada tulis Bang tu.. Jumaat nih baru item yang dibeli akan di pos.. tp mata aku lagi jadi cerah sebab tengok sock bb tu.. aigo0~~ cute^^, tp tu orang lain punya.. berkira2 mahu order nanti, boleh bergaya sambil menutup aurat ^^

Isnin, 9 April 2012

Koleksi bb pt3

mini button...yg besar tu dh x de 3 cz bg kwn...
Mini button bb, fan made.. cantik+cute.. saiz besar duet 50 sen.. aku order 15, rm40 sekali postage... beli kedai on9 dkt fb.. skang aku hanya kumpul bb button badge fan made shj.. tp kalu ada brg2 lain yg cantik fan buat, aku beli gak nnt.. aku buat frame khas utk simpan button ni dr bhn2 recycle.. tp x de lah cantik.. ikut suka hati mak je.. berkira2 mahu beli rak baru utk bb corner.. sian koleksi bb terpaksa share dgn rak buku+novel+komik..
DIY bb frame, button badge.. Friday project ^^

Koleksi bb pt2

Penantian berakhir, mini album bb yang ke 5 dah keluar, ALIVE.. beli dekat fb rm70, sampai bulan lepas,.. lagu OK.. suka lagu fantastic baby+blue.. konsep lain dari yang lepas2, ala bad boy lah.. dua lagu tu akan jadi hits song macam tonight, lies..hope bb datang buat tour Alive kat msia.. Malaysia VIP tertunggu2, termasuk lah aku.. ^^

Big Bang version.. semua ada 6 version, 5 indi+group
metal casing.. besi ni..tapi ada isu pasal karat..
view dari dlm, photobook+cd+bb card
poster.. besar kot tapi dah berlipat2 sebab kedai on9 tu x jual yang dalam tube