Isnin, 1 Mac 2010

Maulidur Rasul



Salam Maulidur Rasul 12 Rabiulawal 1431H
Selawat ke atas Baginda dan kaum keluarga Baginda
Moga kita tergolong mendapat syafaat daripada Kekasih Allah
Agar selawat sentiasa bergema di jiwa kita dan jiwa-jiwa mereka...

Ahad, 19 Julai 2009

GUNDAH


Gundah. Bagi aku gundah itu dekat dengan suram. Hampir pada sendu. Sama erti dengan sedih. Jauh sekali memaknakan erti bahagia dan lapang rasa. Anugerah rasa dari Tuhan buat sekalian manusia untuk mereka tahu apa itu pahit, perit, sakit, gelisah dan sekalian rasa yang tidak enak, tanpa mampu untuk ditelan atau diluahkan. Ya, penafsiran gundah itu berbeza-beza mengikut manusia.
Ingin aku khabarkan kisah gundah sahabatku di sini. Gundah dia gundah rindu. Rindu pada teman yang jauh. Jauh di perlembahan Nil. Kata temannya, jika berhati gundah rindukan dirinya, sedekahkan Al-Fatihah berulang-ulang kali kepadanya. Kenapa dan mengapa jangan ditanya. Aku tiada jawapan. Kelmarin aku mendengar sedih dan sayu derita sahabatku yang lain. Cerita tentang hati dan rasa. Cerita hati yang gundah dan rasa yang sakit melingkar hanya kerana hati dan rasa itu dinafikan. Sungguh, hingga saat ini sahabatku itu derita. Derita yang dibawa pulang setelah berpergian jauh kembara ilmu ke bumi anbiya'.
Di luar sana, ada mereka yang gundah dengan nasib bangsa kami, apa akhirnya. Masih tersakti lagikah ungkapan Tuah "Takkan Melayu hilang di dunia" untuk 50 tahun lagi. Mungkin Melayu telah pupus. Tersungkur lenyap di tanah sendiri. Sedangkan kini Melayu itu sudah rebah, ibarat ada dalam tiada. Hanya mewariskan genetik Melayu tanpa mewariskan apa itu 'pakaian' Melayu. Gundah mereka ini juga, gundah pada agama kami. Agama yang difirman oleh Tuhan yang Esa, agama yang benar. Mencorak hidup manusia dari nutfah hingga merintis jalan akhir sampai ke Sorga. Nabi kami, Rasulullah SAW kekasih Tuhan yang dikasihi kami itu gundah akan umatnya. " Di akhir zaman kelak, umatku ramai, tetapi mereka ibarat buih-buih di lautan kerana mereka telah ditimpa penyakit akhir zaman, iaitu penyakit al wahan, cintakan dunia dan takut mati ". Ya, buih-buih di lautan. Ramai dan banyak tetapi pada nama. Bagi sekalian ramainya umat Muhammad itu, Islam itu cukup hanya di atas kepingan kad-kad pengenalan, helaian sijil-sijil kelahiran atau di atas sijil-sijil nikah, dan belum tentu serta tiada jaminan lagi kini, Islam juga yang tertera di atas sijil-sijil kematian mereka. Bertapa nazak dan sesaknya saudara-saudara seagamaku!.
Gundah aku bukanlah gundah kerana rindu atau hati dan rasa aku dinafikan. Ini juga bukan bermaksud hati dan rasa aku sentiasa diterima. Tidak. Tidak pernah walau sekali. Gundah aku, gundah memikirkan hal-hal rencam dalam hidupku. Hal-hal yang difikir oleh mereka yang tidak lagi menuntut ilmu dan tidak pula bekerja. Ya, aku juga memikirkan tentang bangsa dan agamaku juga sama seperti mereka yang peduli itu. Ungkapan Saidina Umar Al-Khattab ini mungkin berguna untuk direnung dalam-dalam. "Tidak kamu berasa gundah walau sekali, jika kamu tahu apa yang kamu cari"...
Buat sahabatku 'A', sedekahkan Al-Fatihah buat temanmu itu, jika benar ianya mampu mengubat rindumu. Buat sahabatku yang derita itu, la' tahzan! Aku harap kamu berjaya mencari redha. Agar redha yang dicari itu, dapat membujuk hatimu yang walang. Buat mereka yang peduli yang sama seperti aku; peduli pada bangsa dan agama, aku mohon sangat mereka terus diberi kekuatan oleh Tuhan untuk menyedarkan bangsa kami bahawa agama dan adat yang dujunjung itu semakin parah dan tenat...Maka berubahlah, kembalilah kepada asalmu!!.
Untuk jiwaku, jangan gundah. Kerana rezeki itu telah dijanjikan Tuhan. Mungkin sulit rezekiku kerana kifarah di atas lalai dan leka mentaati Tuhanku. Kifarah di atas lalai dan leka untuk jiwaku dari terus mengasihi kekasih Tuhanku, juga kifarah kerana ada derhaka yang telah aku tumpahkan terhadap kedua orang tuaku.
Aku bermohon sangat kepada Tuhanku, Allah yang maha pemurah dan maha penyayang, Raja seisi langit dan bumi agar diampunkan khilafku dan khilaf mereka di luar sana...
Moga esok tiada gundah dijiwaku dan jiwa-jiwa mereka...

Ahad, 5 Julai 2009

HOBI PT1


Hobi…semua orang ada hobi …Atie ada hobi, Sarah ada hobi, William ada hobi, Ah Seng ada hobi, Rani ada hobi pendek kata, semua orang yang hidup dekat dunia ini mesti ada hobi. Tak kira hobi itu mahal, murah, susah, sakit, atau pelbagai rasa tapi impaknya mesti akan memberi satu rasa puas yang maksima kepada setiap penggemar hobi itu. Macam aku, hobi aku sama sahaja seperti hobi orang lain iaitu salah satunya adalah mengumpul setem. Sebenarnya hobi ini bermula agak lewat dalam hidup aku dan datang bermusim. Hobi ini datang hanya pada waktu tertentu iaitu tiap kali aku menjadi penganggur terhormat.
Ianya bermula ketika aku tamat STPM dahulu. Memandangkan aku tidak bekerja dan tidak melanjutkan pelajaran ke mana-mana, maka aku menyelongkar surat-surat lama keluarga aku. (sebenarnya saje nak baca surat-surat cinta lama kekawan aku huhuh). Dari situ aku tertarik untuk mengumpul setem-setem yang cantik itu. Entah mengapa tertarik hati pada warna, corak, gambar, yang ada pada setiap setem itu. Tiap kali memandangnya akan hadir perasaan tenang, aneh, misteri dalam hati, perut dan kepala aku...(huhuhu sumpah aku teringat cerita kat tv dulu pasal budak yg terperangkap dalam setem uhuhu).
Kini hobi itu menyerang lagi kali ini, selepas aku habis konvokesyen. Semalam aku beli album setem dengan harga RM 7.50 untuk menyimpan koleksi setem aku yang sebelum ini hanya diletakkan di dalam album gambar. (setakat ni aku ada lebih kurang 180 keping setem, maka dengan ini besarlah harapan aku agar mana-mana rakan yang mahu memberi setem yang tidak diperlukan kepada aku untuk dipenuhkan ke dalam album tu uhuhuh..) Masuk hari ini, sudah 30 kali aku membelek setem itu dan tidur bermimpikan setem..(sindrom biasa bagi pencinta hobi..hehe). Di sini aku sertakan fakta mengenai Filateli yang aku dapat daripada web Wikipedia dan Pos Malaysia. (tak sabar nak tunggu hari khamis 090709 sebab akan ada setem baru yang dikeluarkan Pos Malaysia heheh)
  1. Filateli merupakan aktiviti mengumpul dan menyusun bahan-bahan pos seperti setem pos, surat, sampul surat, dan bahan-bahan lain. Koleksi ini, sama ada setem, sampul-sampul surat, dan lain-lain selalunya didokumenkan untuk mengesan peristiwa-peristiwa besar dan bersejarah, serta peristiwa-peristiwa yang lain.
  2. Perkataan "filateli" dikatakan mula-mula dicipta di Perancis pada 1864 oleh Georges Herpin. Ia berasal daripada dua perkataan Greek: "philos" bermaksud kasih sayang dan "llateleiall" bermaksud tiada bayaran.
  3. Tidak diketahui bila filateli bermula, bagaimanapun ia dapat dipastikan bahawa filateli hanya bermula selepas setem pos diperkenalkan pada 1840.
  4. Album setem pertama telah dikeluarkan di England pada tahun 1854.
  5. Koleksi setem terbesar serta paling tua di dunia adalah kepunyaan DYMM Ratu England.

Isnin, 22 Jun 2009

COKLAT PT2

Sudah memahami asal usul koko dan coklat, sekarang aku mahu berkongsi sedikit maklumat ringkas mengenai perindustrian coklat/gula-gula di Amerika yang aku tonton di saluran History melalui Modern Marvels: Candy.
Sebelum itu, merujuk kepada laman web chocolateusa.com, pengeluaran coklat di Amerika adalah bermula lebih awal iaitu semasa pra-revolusi New England. Pada tahun 1765, kilang coklat pertama telah ditubuhkan di Amerika. Semasa Perang Dunia Kedua, angkatan tentera Amerika dibekalkan dengan coklat bar sebagai makanan ganti untuk mendapatkan tenaga sebelum bekalan makanan asas dapat dibekalkan. Kini U.S. Army's Meals Ready to Eat mengandungi coklat bar dan juga coklat kandi dan ianya juga telah dijadikan diet bagi angkasawan di sana.
Sebut mengenai Hershey Company akan terbayang-bayang coklat keluaran syarikat itu yang terkenal iaitu Hershey’s Kisses. Hershey Company mula ditubuhkan oleh Milton S. Hershey pada tahun 1894 dengan nama Hershey Chocolate Company. Jika berkunjung ke Amerika, tempat terkenal dengan produk Hershey adalah di Hersey, Pennsylvania yang mana merupakan nadi Hershey di buat oleh pemiliknya selepas pulang berhijrah dari New York kerana mengalami kegagalan untuk membuat gula-gula di sana. Sehingga kini, produk Hershey’s yang terkenal adalah Hershey’s Kisses yang diilham penghasilannya pada tahun 1907 (kini Hershey’s Kisses berperisa karamel dan ceri dihasilkan sehingga 10 juta sehari). Apa yang menarik Hershey Company merupakan syarikat coklat yang terbesar di Amerika Utara dan juga adalah kompeni coklat tertua di Amerika yang mana merupakan ikon coklat bar di sana. Kini Hershey Company menggunakan bantuan penuh teknologi mesin yang canggih (sehinggakan di akhir pemprosesan pembuatan coklatnya perlu diimbas menggunakan alat pengesan logam kerana ditakuti terdapat komponen logam yang tercicir daripada mesin-mesin yang canggih dan gergasi itu... hebat tu) dalam menghasilkan produknya (1.9 juta coklat bar dapat dihasilkan sehari) untuk dipasarkan ke seluruh dunia.
Selain Hershey’s syarikat gergasi yang mengeluarkan coklat sedap berjenama Van Houten juga tak kurang hebatnya. Amerika dan dunia mungkin perlu berterima kasih dengan keluarga van Houten kerana berjaya mencipta mesin yang boleh menghasilkan serbuk koko. Pada 1828, Coenraad Johannes van Houten (tak silap aku dia ni ahli kimia gak kot kt German) telah mempatenkan ciptaannya (ada yang cakap, sebenarnya ayah dia iaitu Casparus van Houten yang cipta dan paten cthnya cam dlm wikipedia ni; )
“In 1828 Casparus van Houten Sr. (and not his son, who is usually
credited)patented an inexpensive method for pressing the fat from roasted cacao
beans. The center of the bean, known as the "nib," contains an average of 54
percent cocoa butter, which is a natural fat. Van Houten's machine--a hydraulic
press--reduced the cocoa butter content by nearly half. This created a "cake"
that could be pulverized into cocoa powder, which was to become the basis of all
chocolate products”.


Rasa cam dah panjang pulak aku cerita huhuhu ok la cont lain entry coklat pt3 (citer pasal syarikat coklat yg kecil dan pelbagai rasa coklat yg menakutkan hehehe....Bersambung...

Jumaat, 19 Jun 2009

COKLAT PT1


Sebut sahaja namanya pasti ramai yang terbayang di kepala tentang rasanya yang manis, bertekstur berkilat dan licin, dan dibungkus dengan pelbagai rupa bentuk. Daripada kecil, besar, tua muda, bergigi dan rompong semuanya mengenali akan jenis manisan ini. Ingin tahu mengenai Koko iaitu bahan utama dalam pembuatan coklat? (kandungan utama coklat bar adalah coklat/koko, gula, susu dan juga pelbagai jenis kekacang dan perisa tambahan).Berikut adalah beberapa informasi dan fakta yang aku perolehi daripada Wikipedia mengenai coklat dan koko:

1/ Koko (Theobroma cacao) dari keluarga "Sterculiaceae" adalah daripada bahasa Yunani yg bermaksud makanan para dewa.

2/Koko berasal dari Lembah Amazon dan kawasan Selatan Tropika dan Amerika Tengah.

3/Pokoknya berketinggian antara (4.5-7.5 m), merupakan pokok malar hijau yg memerlukan cuaca lembab, hujan berkala dan tanah yg subur.

4/Benih koko ("beans"), terkandung di dlm buah (iaitu pod koko, berbentuk bujur, panjang 15-30 cm, 8-10 cm lebar). Ada di antara 20 - 60 biji benih dlm isi putih bagi setiap pod dan setiap benih mengandungi sejumlah besar lemak (40-50% dlm bentuk mentega koko).

5/Hampir 300 biji diperlukan utk menghasilkan 1 kilogram pasta koko.

6/Biji koko digunakan sebagai matawang pada zaman Pre-Kolumbian MesoAmerika. Di kawasan seperti Yucatan, ianya digunakan bagi menggantikan syiling kecil sehingga akhir 1840an selain juga digunakan sebagai hadiah.

7/Koko pertama kali ditemui oleh kaum Maya dan Aztek di Amerika Selatan (dikaitkan dengan ketuhanan ; penyembahan dilakukan setiap kali pokok koko ditanam).

8/Mereka menganggap sebagai minuman maharaja (tak silap aku nama maharaja itu Montezuma yang meminum 50 gelas koko sehari).

9/Minuman pahit yg dicipta mereka (campuran biji koko, air dan tepung jagung) dinamakan chocolat.

10/Pada mulanya, minuman ini hanya dihidang di istana. (awal abad ke-17coklat menjadi minuman penyegar yg digemari di istana Sepanyol).

11/Abad 17, coklat tersebar antara kaum bangsawan Eropah, kemudian harganya menjadi murah, dan pada akhir abad itu menjadi minuman kelas pertengahan seperti pedagang. Minuman coklat telah ditambah dengan perasa baru (vanila dan kayu manis).

12/Kemudian, penanaman koko mula tersebar ke serata dunia. Kurun ke-17, koko dibawa ke Asia Tenggara oleh orang Sepanyol. Di Malaysia, tempat penanaman koko pertama ialah di Melaka (tahun 1778).

13)100 tahun selepas kedatangan koko di Eropah, coklat terkenal di London hingga didirikan “rumah coklat” (tempat menyimpan bahan persediaan dan penyediaan coklat (diilham dari rumah kopi).

14/Rumah coklat pertama dibuka pada 1657.

15/Sebelum wujud coklat pejal pada tahun 1847, semua coklat Eropah diminum.

16/Orang Eropah hanya mengekalkan vanila di dlm ramuan coklat yg baru menambah ambergris, zat warna keunguan berlilin yg di ambil dari usus ikan paus, kayu manis atau cengkih. Namun, yg sering ditambah adalah gula.

17/Sebenarnya, coklat Meso-Amerika tidak dibuat manis.

18/Coklat Eropah awalnya disediakan dgn cara seperti suku Maya dan Aztec.

19/Hingga kini, kaedah Meso-Amerika kuno masih digunakan (biji koko diperam, dikering, dipanggang, dan digiling).

20/Selain itu, kini serbuk coklat diemulsikan dengan kalium atau natrium karbonat agar mudah bercampur dgn air (dutched, kaedah pengemulsian ditemui orang Belanda), lemaknya dikurangkan dgn membuang banyak lemak koko (defatted), digiling sebagai cairan dlm bekas khusus (conched), atau dicampur dgn susu sehingga menjadi coklat susu.

21/Rasa coklat sukar diungkap. Dalam buku Emperors of Chocolate, Joel Glenn Brenner menggambarkan rasa coklat dibentuk dari campuran 1,200 jenis zat, tanpa satu rasa yg dominan. Malah, sebahagian dari zat itu rasanya sangat tidak sedap.

22/Disebabkan tiada rasa yg dominan, sehingga sekarang masih tiada coklat tiruan.

23/Antara zat-zat penghasil rasa coklat terdapat lemak. Takat lebur lemak koko adalah hanya sedikit bawah suhu normal tubuh manusia. Jika sepotong coklat dimakan, lemak itu cair di dlm mulut. Cairnya lemak koko menimbulkan rasa lembut di mulut.

24/Lemak koko tidak langsung diserap tubuh kerana bukan dari jenis yg menggemukkan tubuh.

25/Dalam pembuatan coklat, lemak koko sering digantikan dgn minyak yg lebih murah, seperti lesitin atau minyak kelapa sawit. Selain soal harga, dgn kedua-dua bahan ini, pelapisan coklat menjadi lebih mudah.

26/Coklat premium, di sisi lain, biasanya mengandung sekitar 50 - 70% coklat padat. Disebabkan coklat mengandungi lebih gula dan mungkin juga sedikit minyak nabati, coklat pekat ini mengandung lebih sedikit kalori dari produk coklat pada umumnya. Maka, apabila para penggemar coklat sering “protes” gara-gara coklat disalahkan untuk masalah yg sebenarnya disebabkan oleh penggunaan gula berlebihan.