Selasa, 12 Julai 2016

Seoraksan National Park. 210416.

#throwback


Pagi2 ke sini dari tempat penginapan Seoul Garden. Tambang utk ke sini lbh kurang 30,000 krw bg 1 van. Group kami berpecah kpd 2 kumpulan. 1 group ke Gwongeumseong Section untuk menaiki cable car (10k rate utk return tix), aku dan tok ketua ikut Biryong Falls section. Tix masuk Seorak adalah 3500 krw.

Di gunung seorak ada byk route yang kau boleh ikut untuk sampai ke puncak tertentu. Plan asal mahu ke Ulsanbawi Rock, tp dibatalkan saja kerana hujan renyai lgpon aku tak sado mcm tok ketua
Berjalan santai ikut route Biryong falls, masa yg dicatat pada papan peta adalah 2jam untuk pergi balik (2.4km). Perjalanan perlu waspada kerana batu dan tanah yg licin. Untuk ke air terjun Biryong, tempat yang akan ditempuh (Sogongwon, suspension bridge). Jika lajak ke depan selepas Biryong boleh mendaki lagi ke observatory.

Kami sampai ke air terjun Biryong dalam hujan renyai dan berkabus. Berhenti sekejap makan biskut dekat platform yang ada, sebelum meneruskan pendakian menaiki anak tangga ke tempat observatory.

Mendaki anak tangga dalam hujan renyai, sejuk berkabus kasut seluar basah, beg berat usaha kau perlu 2 kali ganda ditambah ada tempat yang mencacak 70-90 darjah..

Setelah berhenti beberapa kali aku sampai ke observatory dengan perasaan yang lega. Di puncak sudah ramai yang berjaya sampai. Rata2 warga tua Korea suka mendaki, dah jadi trend bagi mereka dan fesyen2 baju mendaki mereka meriah..

Terima kasih kpd tok ketua sado ross yang bagi moral support, ahjushi yang share bekal telur rebus, biskut dengan kami, ahjuma ahjushi yang daki sama2 walaupun sepatah haram aku tak faham apa yg mereka tanyakan.
Terima kasih banyak2..

Catatan masa yang diambil adalah lbh kurang 4jam sebenarnya, dan ketinggian adalah lebih kurang Broga. 1.15pm kami sampai ke tapak permulaan untuk pulang ke Seoul. 

Untuk ke sini dari Seoul, kau perlu berhenti di stesen Gangbyeon (line 2) jika guna subway. Kemudian ke Dongseoul bus terminal, tix boleh dibeli dengan harga 17200 krw sehala untuk ke Sokcho. Tiba di Sokcho terminal boleh naik bas henti2 bernombor 7-1 atau 7 untuk ke Seoraksan, bayaran boleh dibuat menggunakan t-money..



jalan menuju puncak

denai

gayat lalu sini
lepas ni kena jelajah Taman Negara pula

Gom

air terjun yang dicari

bukit batu

kabus tebal

menapak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan