Selasa, 8 November 2016

BALI 2015

Dikutip dari FB
#throwback
 131215
kopi luwak yang cawan besar tu.. cawan2 kecil tu perasa kopi yang lain

Dugaan 3 kali flight delay, kes kecemasan salah seorang geng Kekesem (moga dia dan seluruh keluarganya tenang2 sahaja), keciciran boarding pass dan hampir marathon dalam klia2, akhirnya kami 3 budak senget (aku, cinot, peoih) selamat merayau menjelajah provinsi Bali dgn jayanya..

Bali dari sudut mata kami adalah; di situ kami kenal sejarah, lihat alam semulajadi, adat budaya yg meriah, survival gadis2 penjual cenderamata di Tegalalang, Pak Mahathir sukarelawan kelakar di Pulau Penyu yg punya kisah sedih sebagai PATI di Malaysia.. 

Bertemu dengn Pak Ahmad, Pak Firman yg baik hati dan berbudi bahasa.. belajar kenal pohon cengkih di Purina tempat jualan kopi luwak (selama ni x tahu )..

Kami kenal gadis penjual kain yg berasal dari Lombok yang minat kumpulan Spoon..
Dan paling mencabar kami selamat naik perahu kecil tanpa bumbung dan jaket keselamatan semata mahu melihat ikan lumba2 liar di tengah laut di lovina (kerja gila sungguh)..

Terima kasih semua.. Jauh sungguh kita ber reunion yep.. Jumpa lagi!
#pokettaktebal #jiwakenabesar

Jumaat, 29 Julai 2016

Makeover rak buku

Rak ni dah lama guna.. asal adalah rak buku dekat bilik, tapi dah dijadikan tempat singgah segala jenis tupperware hahaha plan mula-mula mahu dihumban makan api je, tapi sayang jadi makeover kan je lah.. jimat duit beli rak baru

Bahan: 

Wallpaper Mr.DIY (RM16.50 utk 4 gulung) x 2
Langsir kecik DAISO (RM5/pcs) x 3
Sticker corak Mr.DIY utk cermin (RM3.90 rasanya)
Stretching pole Mr.DIY (RM3 lebih rasanya) x 3

harap meow2 tak cakar la huhuu 



Deco pintu

Konsep hentam sajalah.. Hahaha 

Bahan: Wallpaper kedai DIY RM8.50 segulung

sebelum pintu bilik ni buruk, selepas di wallpaperkan semangat la sikit nak tgk hahaha

Jumaat, 15 Julai 2016

Tasek Cermin, Ipoh

 Re-post (251015)

Selesai Kledang, kami ke sini.. Tak sangka belakang projek kuari ada tasik batu kapur... Tasik cermin

ada sampan kecil sebelah platform ni

pondok kecil

tak tahu hujung tu ada apa.. keliling bukit batu kapur

redup

Bukit Kledang 2015-2016

 Re-post (100116)

M.E.N.G.A.H. Lama tak naik.. Standby projek baru hjg bln

dari kiri: syapi, ema

kontang air ni time kemarau haritu   





Re-post (141015)

Sempena cuti awal muharam, sekali lagi kami keluar pagi2.. Kali ni panjat ikut laluan hutan, ramai rupanya team fitness yg mendaki.. Maka kami ikut team fit fun challenge Ipoh mendaki sambil belajar petua dari yg pro sambil kutip sampah.. Tq geng kembara cik Ross sudi teman kami yg kedek2 mcm itik pulang petang ni hahaha moga sempat fit utk backpacking bln 12 ni... Bravo utk Ema, Fiza... Cinot dh pro broga hehehe

sori ema blurr hahaha

kaki puncak

tok ketua ross dgn anak buah fiza

lenggang bayam hahaha

Re-post (111015)

Pagi2 kami keluar rumah, panjat bukit kledang.. Kali terakhir naik thn 2001/2002 masa sekolah dulu2.. Selisih dengan uncle cina berbasikal sambil menyanyi riang sedangkan kami termengah2 nak habiskan pendakian huhuhu sedih.. Minggu hadapan boleh pergi lagi bagi fit sikit utk travel akan datang..

bunga kebangsaan


hijau berkabus

Khamis, 14 Julai 2016

Penaga-Ipoh (201215)

Re-post

Penaga-ipoh.

Di atas jalan aku berkongsi cerita dengan ayah. Cerita aku dah tentu hal jalan2 aku selama ni.. 

Cerita ayah pula, dari pengalaman kerja kapal minyak Singapura tgh laut thn 1978-79 yg dibyr rm400 seminggu, tips survival di hutan, laut, hingga kepada penggunaan ukuran jarak (batu). Diukur berpusatkan pejabat pos yg terdekat (selama ni aku igt balai polis huhuhu..)

Kadang2 kau tak perlu pergi jauh untuk kutip cerita, pengalaman, ilmu atau apa saja dlm hidup kau.
Berbual dengan ayah dah mcm aku ni anak lelaki dia pula, lps ni boleh belajar buat gobek api 

‬p/s: gambar sayap AA take off dr Ngurah Rai hingga hampir KLIA2 





Plan b (261215)

[lempar belakang]

Ipoh.
Kami (aku dan Ema) jalan2 ronda dgn orang jauh kak Teh.. Sumpah duduk ipoh, tp tak pernah sampai Plan b, tak pernah nak usha art2 dkt area tempat kerja dulu (mayban trust).. Makan ais kepal rm3 sambil tgk brg kraf.. Ada satu kedai jual peta dunia yg boleh scratch.. Lepas Asar gerak ke Kelly castle.. Tp dh nk tutup.. Ada rezeki kta ronda lain ya!

p/s: tix masuk kelly castle rm5 kena tunjuk mykad..

nnt nk beli postcard ni

plan A takde?

^^

ais kepal asam boi

sedap air dkt sini

istana atas bukit

galeri yasmin

K.teh dan anak buah bersama ema

KAMI

jejak

Gua Tempurung (030116)


Repost #throwback

Kami keluar awal pagi menghala ke Kampar utk redah gua. Niat asal hanya bersantai lenggang kangkung untuk guna route 1 atau 2.. Rezeki tiada sebab semua route tutup untuk safety audit kecuali route 4.

Makanya kami join group lain yg dah booking utk route 4. 3jam kami randuk air, naik turun tangga, merangkak, lalu laluan tikus, sliding, tanpa apa2 persiapan. Merasalah jadi buta sekejap..

Selain teroka stalag2 yg ada dlm gua, tgk kelawar, dapat juga info rupanya gua tempurung pernah jadi tmpt lombong bijih dan juga markas komunis... Bersepah2 wang kertas yang ditinggalkan..

Tapi wang kertas produksi Hong Kong 2-3 hari lepas buat shooting hahahaha

Keluar gua, kami menapak lebih kurang 30minit ke bawah jambatan lebuhraya untuk tunggu kenderaan menjemput pulang..

Dari jauh igtkan ada van, rupanya naik belakang lori lah kami.. Merasalah perasaan lembu korban..
Ini cerita jalan2 pertama kami bagi tahun 2016.. Jumpa lagi ye kawan-kawan untuk projek seterusnya..


p/s: kredit gambar: syapi.. Posing semua ye utk album baru hahaha

Gunung Peninjau (1058m) 060316


Re-post

Berjaya juga Kekesem naik dan turun Gunung Peninjau.. group paling last sampai puncak dan akhir tamatkan ekspedisi huhuhu

Dah berapa kali berhenti singgah SPA ye Ema hehehe  banyak kali hampir putus asa.. Semangat kumpulan kena kuat.. Kat sini kau akan tengok tahap setia kawan kau, emosi kawan kau..
Ross Hani paling daebak.. Cedera2 pon masih sado laju di depan..Terima kasih semua terutama FFC yang banyak membantu.. 

Selepas berekspedisi, masing2 pakat cari air batu. Hanya kau saja yang tahu rasa nikmat itu selepas 12jam kerah tenaga dan mental.. Makanya ekspedisi Kekesem kali ni kami pergi dengan bulan, pulang juga dengan bulan! Terima kasih semua!

dari kiri: Ross, T.T Kedaung, Ema, Ct, Ilah

Sg. Pauh, Cameron Highlands (26-27/03/16)

Re-post #throwback
~T.A.M.A.T~ terima kasih semua

p/s: campsite Sg. Pauh ni best juga.. sewa tapak dan elektrik RM7 satu kepala.. disaran jangan pergi waktu hari cuti. 2 jam sangkut atas jalan nak ke tapak khemah dari Mossy Forest.. azab betol.. huhuhu
Geng camping kami

Gadis dan bantal hahaha

Bro sado??

rimbun pohon

ramai org camping dkt sini

ada mat saleh jungle walk sini.. depan lagi dari tapak khemah

Mossy Forest

En. Meow gangster

MINTA

Re-post (170416)

Minta.
Dalam hidup kau akan belajar banyak perkara. Cukup dengan sekeliling kau boleh dapat. Tak perlu keluar.

Apa yang kau nak kau minta dekat Dia. Dia amat pemurah dan pengasih.
Aku minta semalam, dan sejak 5 hari lepas tak banyak. Moga dia dalam rahmat Tuhan. Sejahtera hendaknya.

Semalam pertemuan yang mengharukan. 5h 5m dia makan, minum, tidur tak sempurna.. Tekad. Redah cari dia sepanjang hari sebelum berangkat jauh.

Terima kasih Tuhan. Tuhan dengar doa kami. Alhamdulillah. Peringatan untuk diri mungkin terabai di mana-mana.

p/s: kucing aku Chometo aka Meto Kushairy aka Meto aku jumpa sembunyi dekat lubang bwh jalan.. tmpt saliran air akan lalu kalau hujan lebat atas jalan.. aku buat solat hajat n baca yasin sejak dia hilang.. boleh google doa2 utk cari barang hilang..

Selasa, 12 Julai 2016

BALIK KAMPUNG JAUH

#throwback

Ha mood balik kg jauh dah datang hahaha
nak juga selit gambar oh-pa hahhaa

RM 3.60

#throwback

Akhirnya. RM3.60 yang penuh drama. Sungguh.
p/s: boleh tebus kupon/t-money dengan Korea plaza lepas jwb online survey. Hingga 31 Dis.

Kupon yang dapat dari Korea Plaza

Pamunjeon/JSA (Joint Security Area)- 190416

#throwback

Perang belum tamat.

2 hari lepas ke sini. Sahaja mahu rasa bagaimana rasa debar bila kau pandang muka tentera yang ketat, dan bila kau jalan dah rasa macam banduan sebab setiap sudut kau diperhatikan tentera lawan.
Jika mahu ke sini, wajib ambil pakej dengan ejen.. Beberapa protokol sebelum masuk kau kena ikut.. Passport kau akan selalu di semak oleh tentera, berjalan dalam group yang ditetapkan, baju kena kemas sekali sepatu, hanya duit, passport dan HP/camera boleh dibawa dalam poket dan macam2 lagi peraturan renyah perlu kau ikut..

Dekat sini untuk ambil gambar kaedah 2 minit digunakan. Tempat tertentu, dalam barisan ikut giliran, hanya menghadap satu arah sahaja (depan). Dah rasa macam penyamun je sebab semua kena pantas.
Kenderaan luar dilarang masuk, gerak dalam kawasan JSA dengan kenderaan militari sahaja dan setiap kenderaan di kawal seorang tentera lengkap dengan peluru hidup.
Sebelum melawat, kau akan diminta untuk sign surat mati hahaha. Tiada sesiapa bertanggungjawab dengan nyawa kau kalau tiba2 Korea utara tembak kau, atau berlaku perang. Semua atas risiko sendiri..

Rata2 tentera yang jaga JSA berkacamata hitam sama mcam Faisal Tahir. Untuk elak eye contact dengan tentera Korea utara. Dan mereka warga muda yg kebanyakan pelajar universiti yang perlu menjalani khidmat negara.

Sejarah Korea selatan/Utara panjang. Boleh buat carian internet atau terus sahaja ke war memorial of Korea jika melawat seoul. Masuk percuma. Perang mereka belum tamat. Tapi bak kata cik laura, tour guide kami, mereka harap negara Korea bersatu nanti kerana banyak jiwa2 yang pilu akibat peperangan.

P/s: bangunan putih pada gambar milik Korea Utara. Ada seorang tentera yang berkawal. Tapi disebalik dinding2 konkrit, ada banyak pasang mata yang memerhatikan kau.

Siap siaga

Gigil diri sebelah hahaha

T.A.M.A.T

 #throwback

Ipoh. 250416. 1.15am.

Trip Seoul dah tamat. Banyak perkara aku belajar. Betul kata orang, kau akan tahu kawan dan lawan kau bila mengembara.. 

Pulang ke Ipoh dengan perasaan bercampur baur. Yang pasti trip kali ni satu benda aku tertinggal. Sabar. Sabar aku tak bawak lebih untuk trip kali ni hahahaha

Terima kasih huda, ross, cinot, Fiza, Kay.. Susah senang sama2..

p/s semua post2 mengenai travel aku ambil dari post2 fb.. jd post secara random.. tak ikut turutan

patner travel kali ini, dari kiri: Ross, Fiza, Huda, Kay, Ana aka Cinot

Seoraksan National Park. 210416.

#throwback


Pagi2 ke sini dari tempat penginapan Seoul Garden. Tambang utk ke sini lbh kurang 30,000 krw bg 1 van. Group kami berpecah kpd 2 kumpulan. 1 group ke Gwongeumseong Section untuk menaiki cable car (10k rate utk return tix), aku dan tok ketua ikut Biryong Falls section. Tix masuk Seorak adalah 3500 krw.

Di gunung seorak ada byk route yang kau boleh ikut untuk sampai ke puncak tertentu. Plan asal mahu ke Ulsanbawi Rock, tp dibatalkan saja kerana hujan renyai lgpon aku tak sado mcm tok ketua
Berjalan santai ikut route Biryong falls, masa yg dicatat pada papan peta adalah 2jam untuk pergi balik (2.4km). Perjalanan perlu waspada kerana batu dan tanah yg licin. Untuk ke air terjun Biryong, tempat yang akan ditempuh (Sogongwon, suspension bridge). Jika lajak ke depan selepas Biryong boleh mendaki lagi ke observatory.

Kami sampai ke air terjun Biryong dalam hujan renyai dan berkabus. Berhenti sekejap makan biskut dekat platform yang ada, sebelum meneruskan pendakian menaiki anak tangga ke tempat observatory.

Mendaki anak tangga dalam hujan renyai, sejuk berkabus kasut seluar basah, beg berat usaha kau perlu 2 kali ganda ditambah ada tempat yang mencacak 70-90 darjah..

Setelah berhenti beberapa kali aku sampai ke observatory dengan perasaan yang lega. Di puncak sudah ramai yang berjaya sampai. Rata2 warga tua Korea suka mendaki, dah jadi trend bagi mereka dan fesyen2 baju mendaki mereka meriah..

Terima kasih kpd tok ketua sado ross yang bagi moral support, ahjushi yang share bekal telur rebus, biskut dengan kami, ahjuma ahjushi yang daki sama2 walaupun sepatah haram aku tak faham apa yg mereka tanyakan.
Terima kasih banyak2..

Catatan masa yang diambil adalah lbh kurang 4jam sebenarnya, dan ketinggian adalah lebih kurang Broga. 1.15pm kami sampai ke tapak permulaan untuk pulang ke Seoul. 

Untuk ke sini dari Seoul, kau perlu berhenti di stesen Gangbyeon (line 2) jika guna subway. Kemudian ke Dongseoul bus terminal, tix boleh dibeli dengan harga 17200 krw sehala untuk ke Sokcho. Tiba di Sokcho terminal boleh naik bas henti2 bernombor 7-1 atau 7 untuk ke Seoraksan, bayaran boleh dibuat menggunakan t-money..



jalan menuju puncak

denai

gayat lalu sini
lepas ni kena jelajah Taman Negara pula

Gom

air terjun yang dicari

bukit batu

kabus tebal

menapak