Selasa, 12 Julai 2016

Pamunjeon/JSA (Joint Security Area)- 190416

#throwback

Perang belum tamat.

2 hari lepas ke sini. Sahaja mahu rasa bagaimana rasa debar bila kau pandang muka tentera yang ketat, dan bila kau jalan dah rasa macam banduan sebab setiap sudut kau diperhatikan tentera lawan.
Jika mahu ke sini, wajib ambil pakej dengan ejen.. Beberapa protokol sebelum masuk kau kena ikut.. Passport kau akan selalu di semak oleh tentera, berjalan dalam group yang ditetapkan, baju kena kemas sekali sepatu, hanya duit, passport dan HP/camera boleh dibawa dalam poket dan macam2 lagi peraturan renyah perlu kau ikut..

Dekat sini untuk ambil gambar kaedah 2 minit digunakan. Tempat tertentu, dalam barisan ikut giliran, hanya menghadap satu arah sahaja (depan). Dah rasa macam penyamun je sebab semua kena pantas.
Kenderaan luar dilarang masuk, gerak dalam kawasan JSA dengan kenderaan militari sahaja dan setiap kenderaan di kawal seorang tentera lengkap dengan peluru hidup.
Sebelum melawat, kau akan diminta untuk sign surat mati hahaha. Tiada sesiapa bertanggungjawab dengan nyawa kau kalau tiba2 Korea utara tembak kau, atau berlaku perang. Semua atas risiko sendiri..

Rata2 tentera yang jaga JSA berkacamata hitam sama mcam Faisal Tahir. Untuk elak eye contact dengan tentera Korea utara. Dan mereka warga muda yg kebanyakan pelajar universiti yang perlu menjalani khidmat negara.

Sejarah Korea selatan/Utara panjang. Boleh buat carian internet atau terus sahaja ke war memorial of Korea jika melawat seoul. Masuk percuma. Perang mereka belum tamat. Tapi bak kata cik laura, tour guide kami, mereka harap negara Korea bersatu nanti kerana banyak jiwa2 yang pilu akibat peperangan.

P/s: bangunan putih pada gambar milik Korea Utara. Ada seorang tentera yang berkawal. Tapi disebalik dinding2 konkrit, ada banyak pasang mata yang memerhatikan kau.

Siap siaga

Gigil diri sebelah hahaha

T.A.M.A.T

 #throwback

Ipoh. 250416. 1.15am.

Trip Seoul dah tamat. Banyak perkara aku belajar. Betul kata orang, kau akan tahu kawan dan lawan kau bila mengembara.. 

Pulang ke Ipoh dengan perasaan bercampur baur. Yang pasti trip kali ni satu benda aku tertinggal. Sabar. Sabar aku tak bawak lebih untuk trip kali ni hahahaha

Terima kasih huda, ross, cinot, Fiza, Kay.. Susah senang sama2..

p/s semua post2 mengenai travel aku ambil dari post2 fb.. jd post secara random.. tak ikut turutan

patner travel kali ini, dari kiri: Ross, Fiza, Huda, Kay, Ana aka Cinot

Seoraksan National Park. 210416.

#throwback


Pagi2 ke sini dari tempat penginapan Seoul Garden. Tambang utk ke sini lbh kurang 30,000 krw bg 1 van. Group kami berpecah kpd 2 kumpulan. 1 group ke Gwongeumseong Section untuk menaiki cable car (10k rate utk return tix), aku dan tok ketua ikut Biryong Falls section. Tix masuk Seorak adalah 3500 krw.

Di gunung seorak ada byk route yang kau boleh ikut untuk sampai ke puncak tertentu. Plan asal mahu ke Ulsanbawi Rock, tp dibatalkan saja kerana hujan renyai lgpon aku tak sado mcm tok ketua
Berjalan santai ikut route Biryong falls, masa yg dicatat pada papan peta adalah 2jam untuk pergi balik (2.4km). Perjalanan perlu waspada kerana batu dan tanah yg licin. Untuk ke air terjun Biryong, tempat yang akan ditempuh (Sogongwon, suspension bridge). Jika lajak ke depan selepas Biryong boleh mendaki lagi ke observatory.

Kami sampai ke air terjun Biryong dalam hujan renyai dan berkabus. Berhenti sekejap makan biskut dekat platform yang ada, sebelum meneruskan pendakian menaiki anak tangga ke tempat observatory.

Mendaki anak tangga dalam hujan renyai, sejuk berkabus kasut seluar basah, beg berat usaha kau perlu 2 kali ganda ditambah ada tempat yang mencacak 70-90 darjah..

Setelah berhenti beberapa kali aku sampai ke observatory dengan perasaan yang lega. Di puncak sudah ramai yang berjaya sampai. Rata2 warga tua Korea suka mendaki, dah jadi trend bagi mereka dan fesyen2 baju mendaki mereka meriah..

Terima kasih kpd tok ketua sado ross yang bagi moral support, ahjushi yang share bekal telur rebus, biskut dengan kami, ahjuma ahjushi yang daki sama2 walaupun sepatah haram aku tak faham apa yg mereka tanyakan.
Terima kasih banyak2..

Catatan masa yang diambil adalah lbh kurang 4jam sebenarnya, dan ketinggian adalah lebih kurang Broga. 1.15pm kami sampai ke tapak permulaan untuk pulang ke Seoul. 

Untuk ke sini dari Seoul, kau perlu berhenti di stesen Gangbyeon (line 2) jika guna subway. Kemudian ke Dongseoul bus terminal, tix boleh dibeli dengan harga 17200 krw sehala untuk ke Sokcho. Tiba di Sokcho terminal boleh naik bas henti2 bernombor 7-1 atau 7 untuk ke Seoraksan, bayaran boleh dibuat menggunakan t-money..



jalan menuju puncak

denai

gayat lalu sini
lepas ni kena jelajah Taman Negara pula

Gom

air terjun yang dicari

bukit batu

kabus tebal

menapak

POSKAD SEOUL

#throwback
20/05/2016

Poskad sudah diterima. From Seoul with L.O.V.E.

Rabu, 18 Mei 2016

Saengil chuka hamnida Teayang, YB, Dong Young Bae!


credit for yb518yb

 Happy birthday to our baebear! Wishing u all da best! 🎉🎁🎂 May world bless u @__youngbae__ line88 (0518) ‪#‎taeyang‬ ‪#‎youngbae‬ ‪#‎bigbang‬ ‪#‎birthdayboy‬ ‪#‎birthday‬