Selasa, 18 September 2018

Rentas Sempadan 🚎

P/s: gambar adalah Stesen Keretapi Hua Lamphong, Bangkok. Kredit gambar kepada Siti Fairus aka Peoih


25122017  
Aranyaprathat-Poipet


Dari Bangkok, jika ingin ke Siem Reap Cambodia dengan kos minimum, kau boleh naik train jam 5.50 pagi dari Stesen Hua Lamphong ke Stesen Aranyaprathat. Kemudian ambil tuktuk/bas/mini van ke sempadan Aranyaprathat-Poipet (Thai-Cambodia boarder crossing) dan akhir sekali naik bas ke Siem Reap.
Atau kau boleh beli tiket bas ekspres dari hostel tempt kau menginap di Bangkok untuk terus ke Siem Reap. Harga yang perlu dibayar adalah mahal iaitu 1100bhat dengan jaminan tiada scam di sempadan- Kata pemilik hostel Bangkok tempat kami menginap heh.
Jam 9.00 pagi kami dah tercegat di luar Stesen Hua Lamphong seperti yang dijanjikan. Berbual dengan lelaki Tibet yang juga ke destinasi yang sama, Yong namanya. Solo backpackers, pernah ke Kota Kinabalu dan Pulau Pinang dan suka ketawa. Tidak diketahui adakah kerana perbualan itu lucu atau dia mabuk ketum kesan sambutan Krismas malam sebelumnya kah!
Perjalanan memakan masa selama 6 jam untuk ke Aran dengan sekali sahaja bas berhenti di hentian seperti RnR. Jam 3.30 petang kami tiba di Aran. Bas berhenti di Star Plaza bagi urusan Visa penumpang mata biru dan hazel. Pasport akan dikutip oleh agen syarikat bas; termasuk pasport kami juga diambil walaupun tiada visa yang diperlukan. Selesai urusan Visa yang hanya dibuat di tepi tangga utama shopping complex itu, pasport diberikan semula.
Kemudian, kau perlu berjalan kaki beberapa meter untuk ke bangunan imigresen Thailand bagi urusan keluar. Urusan keluar mudah sahaja prosesnya; berikan slip keluar masuk dan terima cop imigresen keluar Thailand. Walaupun melalui rutin yang sama setiap kali berpetualang, setiap kali itulah kau rasa debar. Ini pertama kali kami keluar dari negara orang untuk masuk ke negara orang yang lain pula.
Selesai, kau perlu keluar dari bangunan imigresen itu dan berjalan kaki menuju ke deretan kedai bebas cukai untuk menunggu semua penumpang bas tadi.Tidak jauh dari tempat kau berdiri adalah Poipet, dan kau akan nampak gapura besar yang terukir di atasnya "Kingdom of Cambodia"!

1 ulasan: