24122017
Bangkok-Lopburi
Cantik tak? Kami aja tahu keadaan sebenar tempat ni hahaha |
Untuk ke Lopburi, kau boleh naik train dari Stesen Hua Lamphong Bangkok. Beli tiket di kaunter no 5,6 atau 7 dengan bayaran 50bhat sehala. Train paling awal adalah jam 7pagi. Kami naik dari platform no 10, masuk gerabak no 8. Tiket yang tertera adalah untuk Standee (berdiri), dan boleh duduk jika ada tempat kosong. Jam 10.25pagi kami sampai di Stesen Lopburi. Dengan harga 150bhat sekepala selepas tawar menawar, kami ke 3 ladang bunga matahari dengan menaiki truck pickup. Perjalanan lebih kurang 20-30minit dari Stesen lopburi..
Menunggu train bergerak ke Lopburi |
Tips no1: Dalam gerabak akan ada tempat duduk khas bagi Sami dan semuanya telah ditulis notakan.. Sila elakkan untuk duduk di situ.
Tips no2: sila datang pada bulan Nov hingga Feb jika mahu melihat bunga matahari mekar. Ada banyak ladang untuk dipilih, buat carian maklumat terlebih dahulu sebelum pergi.
Tips no3: elakkan memakai baju berwarna putih kerana akan kotor dek debunga matahari..
Tips no4: untuk tiket pulang ke Bangkok, tiket hanya dibuka untuk jualan, 20minit sebelum train berlepas.
Boleh singgah ke Ayuthhaya |
Sampai! Stesen Lopburi |
Tourist Map dekat Stesen |
Panas ya amat, jadi perlunya perlindungan mata hahaha |
Love n Peace 4 eva! hahaha |
Antara Puing yang ada |
Kami ber 6 |
Selesai meronda, 12.45tgh hari kami naik train ke Bangkok. Awas, perjalanan petang agak syahdu sampai kau boleh berkhayal dek deruan angin petang dan akibatnya kau boleh terjatuh di tengah laluan dalam train.. Dem! Kahkahkah
Laluan train yang digunakan adalah Northern Line: Bangkok, DonMaung, Ayuthhaya, Lopburi.. Boleh singgah jika mahu buat trip Ayutthaya-lopburi.. Kawasan sekitar Lopburi Ayuthhaya banyak tinggalan puing-puing sejarah.
Jam 3.30petang kami selamat tiba di Bangkok.Tempat yang disebut-sebut orang berjaya dijejak.Lopburi atau Lavo ada sejarahnya sendiri melangkau beribu tahun dahulu, terpahat nama Raja Melayu Sujita yang hebat!
Cantik bunga matahari..
BalasPadambunga dia besar2 fiza hihihi
BalasPadam