Selasa, 18 September 2018

Mekar si Matahari 🌻

24122017
Bangkok-Lopburi


Cantik tak? Kami aja tahu keadaan sebenar tempat ni hahaha

Untuk ke Lopburi, kau boleh naik train dari Stesen Hua Lamphong Bangkok. Beli tiket di kaunter no 5,6 atau 7 dengan bayaran 50bhat sehala. Train paling awal adalah jam 7pagi. Kami naik dari platform no 10, masuk gerabak no 8. Tiket yang tertera adalah untuk Standee (berdiri), dan boleh duduk jika ada tempat kosong. Jam 10.25pagi kami sampai di Stesen Lopburi. Dengan harga 150bhat sekepala selepas tawar menawar, kami ke 3 ladang bunga matahari dengan menaiki truck pickup. Perjalanan lebih kurang 20-30minit dari Stesen lopburi..

Menunggu train bergerak ke Lopburi

Tips no1: Dalam gerabak akan ada tempat duduk khas bagi Sami dan semuanya telah ditulis notakan.. Sila elakkan untuk duduk di situ.
Tips no2: sila datang pada bulan Nov hingga Feb jika mahu melihat bunga matahari mekar. Ada banyak ladang untuk dipilih, buat carian maklumat terlebih dahulu sebelum pergi.
Tips no3: elakkan memakai baju berwarna putih kerana akan kotor dek debunga matahari..
Tips no4: untuk tiket pulang ke Bangkok, tiket hanya dibuka untuk jualan, 20minit sebelum train berlepas.

Boleh singgah ke Ayuthhaya
Sampai! Stesen Lopburi
Tourist Map dekat Stesen

Panas ya amat, jadi perlunya perlindungan mata hahaha
Love n Peace 4 eva! hahaha

Antara Puing yang ada

Kami ber 6
Selesai meronda, 12.45tgh hari kami naik train ke Bangkok. Awas, perjalanan petang agak syahdu sampai kau boleh berkhayal dek deruan angin petang dan akibatnya kau boleh terjatuh di tengah laluan dalam train.. Dem! Kahkahkah
Laluan train yang digunakan adalah Northern Line: Bangkok, DonMaung, Ayuthhaya, Lopburi.. Boleh singgah jika mahu buat trip Ayutthaya-lopburi.. Kawasan sekitar Lopburi Ayuthhaya banyak tinggalan puing-puing sejarah.
Jam 3.30petang kami selamat tiba di Bangkok.Tempat yang disebut-sebut orang berjaya dijejak.Lopburi atau Lavo ada sejarahnya sendiri melangkau beribu tahun dahulu, terpahat nama Raja Melayu Sujita yang hebat!

Rentas Sempadan 🚎

P/s: gambar adalah Stesen Keretapi Hua Lamphong, Bangkok. Kredit gambar kepada Siti Fairus aka Peoih


25122017  
Aranyaprathat-Poipet


Dari Bangkok, jika ingin ke Siem Reap Cambodia dengan kos minimum, kau boleh naik train jam 5.50 pagi dari Stesen Hua Lamphong ke Stesen Aranyaprathat. Kemudian ambil tuktuk/bas/mini van ke sempadan Aranyaprathat-Poipet (Thai-Cambodia boarder crossing) dan akhir sekali naik bas ke Siem Reap.
Atau kau boleh beli tiket bas ekspres dari hostel tempt kau menginap di Bangkok untuk terus ke Siem Reap. Harga yang perlu dibayar adalah mahal iaitu 1100bhat dengan jaminan tiada scam di sempadan- Kata pemilik hostel Bangkok tempat kami menginap heh.
Jam 9.00 pagi kami dah tercegat di luar Stesen Hua Lamphong seperti yang dijanjikan. Berbual dengan lelaki Tibet yang juga ke destinasi yang sama, Yong namanya. Solo backpackers, pernah ke Kota Kinabalu dan Pulau Pinang dan suka ketawa. Tidak diketahui adakah kerana perbualan itu lucu atau dia mabuk ketum kesan sambutan Krismas malam sebelumnya kah!
Perjalanan memakan masa selama 6 jam untuk ke Aran dengan sekali sahaja bas berhenti di hentian seperti RnR. Jam 3.30 petang kami tiba di Aran. Bas berhenti di Star Plaza bagi urusan Visa penumpang mata biru dan hazel. Pasport akan dikutip oleh agen syarikat bas; termasuk pasport kami juga diambil walaupun tiada visa yang diperlukan. Selesai urusan Visa yang hanya dibuat di tepi tangga utama shopping complex itu, pasport diberikan semula.
Kemudian, kau perlu berjalan kaki beberapa meter untuk ke bangunan imigresen Thailand bagi urusan keluar. Urusan keluar mudah sahaja prosesnya; berikan slip keluar masuk dan terima cop imigresen keluar Thailand. Walaupun melalui rutin yang sama setiap kali berpetualang, setiap kali itulah kau rasa debar. Ini pertama kali kami keluar dari negara orang untuk masuk ke negara orang yang lain pula.
Selesai, kau perlu keluar dari bangunan imigresen itu dan berjalan kaki menuju ke deretan kedai bebas cukai untuk menunggu semua penumpang bas tadi.Tidak jauh dari tempat kau berdiri adalah Poipet, dan kau akan nampak gapura besar yang terukir di atasnya "Kingdom of Cambodia"!