[Bejana Ramadan / Faisal Tehrani]
Kuhuluri bejana Ramadan
setelah terpelanting sirah nabawiyah
diterbang angin takwa yang menggusur
dicucuk susuk tampang jihad yang menjulur-julur
menjulur-julur;menjulur-julur
dan benjana menumpahkan madu
di atas peta hari-hari al-furqan.
kuhirup isi bejana Ramadan
terserpih unta-unta luka Abu Sufyan
terserpih kuda-kuda berang Miqdad
al-Aswad Zubair al-Awwam
dalam genggaman panji-panji
Mus'ab bin Umair dan Sa'ad bin Mu'adh
paculah laju kuda-kuda
hentakkan kaki unta-unta
menuju ke medan Badar
Benjana Ramadan setelah munajat baginda
lontaran Syahatil Wujuh pada lemparan pasir
cemeti melayang gesit
tempik garang pahlawan berkuda
dan tetak Mu'adh bin Afra
lalu tepancung Fir'aun umat ini:
"Pada Badar yang menjulur-julur.
Ini madu dari bejana Ramadan.
Hiruplah dan berbanggalah...
kerana Allah Maha Besar
Maha Besar!"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan