Sabtu, 21 April 2012

Penyiasat Remaja

Manga @ komik ini antara koleksi aku.. set lengkap Penyiasat Remaja Hajime Kindaichi.. kaki komik tahu komik Jepun ni.. start baca f1.. pinjam member... best! cerita penyiasatan.. watak utama penyelesai kes, budak sekolah berIQ 180.. Hajime Kindaichi, malas pergi sekolah, selalu jeles dengan inspektor Akechi, ada crush dengan Miyuki kawan childhood, agak dungu kadang2 pervert dan cucu kepada detektif terkenal Kosuke Kindaichi.. watak2 lain Miyuki Nanase yang sebenarnya saranghaeyo aishiteru dengan hajime, Inspektor Akechi yang kacak bergaya, Pakcik polis Kenmochi dengan watak sampingan yang lain.. dalam siri yang lain ada satu watak hitam yang aku suka, digelar ahli boneka neraka.. nama Takatoo, watak jahat yang kacak+genius.. suka gak watak saki (dimatikan jadi mangsa bunuh dan adik dia saki no 2.. ayat keramat kindaichi adalah " semua misteri telah dibongkari" or "demi tidak menjejaskan nama datuk!".. oleh kerana terlalu into dgn komik ni, aku pernah sedih gile bile komik ni di tamatkan.. ingatkan dah habes dah.. lps 4 thn kuar lagi siri tunggal.. ^^

Sekolah dulu selalu beli dkt pekan Ipoh. Kedai uncle India area The Stor.. skang tak tau lah ada lagi tak kedai tu.. lepas habes sekolah beli pulak dekat PAS (Plaza Alam Sentral).. time belajar UiTM, selalu outing gi beli or cari dekat 1 kedai ni yang jual/rent buku dan komik.. banyak siri yang aku x de aku dapat dekat situ.. selain itu, aku beli bila nak balek Ipoh time sem break.. kalu rajin balek ikut Pudu memang singgah beli dekat Pudu, bahagian atas ada kedai bro Cina ni jual macam2 komik.. time tu Pudu x cantik lagi la..  time banyak asap, panas, sempit.. Sekarang ni aku cari dkt Jusco Ipoh lah.. kedai auntie Cina ni, area food court berdepan dengan kedai kasut Bata...  

semua siri lengkap Penyiasat Remaja Hajime Kindaichi yang aku ada..

Overall komik Fumiya Sato+Seimaru Amagi ni tersangat lah osem ^^.. bagi aku komik ni bukan komik kosong2 lah.. sebab dalam komik tu ada macam2 trick yang direka+ilmu Sc+fact sejarah+geog dan lain2 lagi yang susah aku nak huraikan.. ingat lagi time exam SPM, ada soalan Sc aku jawab ikut teori dalam komik ni.. dan aku dpt Sc A1 hehehe tapi sayang lah sebab  komik nih dah hampir tamat.. sekarang nih dah jarang2 ada dekat kedai.. siri yang dikeluarkan banyak siri tunggal.. setahun adalah 2 kali kot komik ni ada.. Mmg jadi kenangan lah komik ni dengan aku..  hampir 14 tahun simpan dan aku takkan jual or buang.. semua komik nih dah masuk almari lah.. sekarang cari2 gak komik baru sebab nak kumpul yang lain, tapi belum jumpa yang sebest komik ni lagi.. ^^

1 ulasan:

  1. Saya memmang mencari2 koleksi ni sbb sy hnya baca dr 1 hingga 23 dan dua siri khas pulau jin. Nak jual tak series ni kat sy. Mmg menggila minat dlu. Apa jd pada kindaichi dgn miyuki.ending mcm mna. Kalau nk jual boleh ctct sy nurul 0172408249

    BalasPadam