Selasa, 23 Jun 2020

Hatyai Junction - Hua Lamphong Bangkok (22-23122017)

Catatan: 22-23122017
Re-post





Hatyai Junction - Hua Lamphong Bangkok.

Dari Hatyai kalau kau nak ke Bangkok dengan menaiki train, kau boleh beli tiket di kaunter Stesen Hatyai Junction. Ada 2 kaunter tiket: ticket for today (beli Tix utk naik hari yg Sama) dan booking advance (utk Tix hari esok dan seterusnya). Rate Tix berbeza ikut seat apa kau pilih: duduk, sleeper, beraircond, kipas. Bagi pilihan train untuk duduk dengan air-cond harga adalah 705 bhat seorang.. Kau boleh pilih seat untuk duduk berkumpulan, jika penuh kau perlu redha sahajalah seperti kami.

Pilihan kami adalah menaiki train jam 4.20pm, tunggu di platform 2 Stesen Hatyai Junction.. Perlu diingat, train akan selalu lewat tiba, jadi perlu plan betul2 utk Kau tiba jam berapa di Bangkok.. Dengan harga 705bhat, koc duduk beraircond Kau akan dapat layanan seperti menaiki flight huhuhu








Bila kau naik dan duduk, ada seorang petugas train akan berikan dinner set berupa, nasi putih, mineral, 2 jenis lauk, dan biskut yang mcm tat Nanas.. Bila jam 8.30pm pula Kau akan dapat supper berupa teh/kopi, roti/karipap manis... Oh dan semuanya HALAL.. Sila bawa baju sejuk sebab kau boleh beku jika menaiki train Thailand.. Selimut bersih juga akan diberikan untuk digunakan, tapi perlu dipulangkan semula.. Untuk solat bagi Muslim, solat seperti biasa bagi musafir di dalam train/bas/flight di tempat masing2.. Ramai Muslim Thai yang solat berdiri (lelaki).. Perjalanan memakan masa selama 12-14jam atau lebih, jadi bawalah buku, download movie dlm hp, berbual bahasa ayam itik dengan orang local atau jika kau faham bahasa Siam boleh tonton cerita Siam di dalam train dengan girang.. Paling teruk kau tidur bangun tidur sahajalah selama 14jam perjalanan tu.. Kahkahkah






Dari Hat Yai Jn, train akan ikut laluan Southern Line, akan lalu Nakhon Si Thammarat, Trang, Ban Kut, Petchaburi dan stesen/kawasan yang lain dan berakhir dengan Bangkok iaitu di Stesen Hua Lamphong. Jam 7.45am Kami tiba dengan selamat walaupun train dijadualkan tiba pada jam 5.40am kah!

1 ulasan:

  1. Hi Ain.. baca blog ain secara tak langsung macam dapat gambaran tempat orang.. bila nak travel lagi..

    Next episode please.. hihi

    BalasPadam