Selasa, 23 Jun 2020

Hatyai Junction - Hua Lamphong Bangkok (22-23122017)

Catatan: 22-23122017
Re-post





Hatyai Junction - Hua Lamphong Bangkok.

Dari Hatyai kalau kau nak ke Bangkok dengan menaiki train, kau boleh beli tiket di kaunter Stesen Hatyai Junction. Ada 2 kaunter tiket: ticket for today (beli Tix utk naik hari yg Sama) dan booking advance (utk Tix hari esok dan seterusnya). Rate Tix berbeza ikut seat apa kau pilih: duduk, sleeper, beraircond, kipas. Bagi pilihan train untuk duduk dengan air-cond harga adalah 705 bhat seorang.. Kau boleh pilih seat untuk duduk berkumpulan, jika penuh kau perlu redha sahajalah seperti kami.

Pilihan kami adalah menaiki train jam 4.20pm, tunggu di platform 2 Stesen Hatyai Junction.. Perlu diingat, train akan selalu lewat tiba, jadi perlu plan betul2 utk Kau tiba jam berapa di Bangkok.. Dengan harga 705bhat, koc duduk beraircond Kau akan dapat layanan seperti menaiki flight huhuhu








Bila kau naik dan duduk, ada seorang petugas train akan berikan dinner set berupa, nasi putih, mineral, 2 jenis lauk, dan biskut yang mcm tat Nanas.. Bila jam 8.30pm pula Kau akan dapat supper berupa teh/kopi, roti/karipap manis... Oh dan semuanya HALAL.. Sila bawa baju sejuk sebab kau boleh beku jika menaiki train Thailand.. Selimut bersih juga akan diberikan untuk digunakan, tapi perlu dipulangkan semula.. Untuk solat bagi Muslim, solat seperti biasa bagi musafir di dalam train/bas/flight di tempat masing2.. Ramai Muslim Thai yang solat berdiri (lelaki).. Perjalanan memakan masa selama 12-14jam atau lebih, jadi bawalah buku, download movie dlm hp, berbual bahasa ayam itik dengan orang local atau jika kau faham bahasa Siam boleh tonton cerita Siam di dalam train dengan girang.. Paling teruk kau tidur bangun tidur sahajalah selama 14jam perjalanan tu.. Kahkahkah






Dari Hat Yai Jn, train akan ikut laluan Southern Line, akan lalu Nakhon Si Thammarat, Trang, Ban Kut, Petchaburi dan stesen/kawasan yang lain dan berakhir dengan Bangkok iaitu di Stesen Hua Lamphong. Jam 7.45am Kami tiba dengan selamat walaupun train dijadualkan tiba pada jam 5.40am kah!

Trek 42: Bukit Kledang

Catatan: 210620





Harapan
Pagi lagi dah terpacak di kaki bukit. Seperti biasa perasaan bercampur baur. Perlu pulang atau teruskan. Rutin.
Kami ikut trek 42. Trek minta nyawa untuk pendaki siput sedut macam kami kah! Ada satu perkara yang menarik perhatian bila ikut trek ini. Iaitu pohon berdaun kontang itu (hampir mati).
"Kau tengok pokok tak ada daun tu, pokok tu harapan kita.."
Satu-satu harapan yang ada hanyalah pohon itu; tanda terakhir yang pendakian hampir tamat ke puncak. Makanya dari jauh mata tidak berhenti memandang pohon hampir mati itu untuk kekal tenang dan waras.
Begitu juga dalam hidup. Ada peluang yang menyala walaupun yang tinggal itu hanya harapan yang pada orang lain; tak berguna, dan mustahil. Apa yang perlu dibuat adalah untuk kekal berdoa dan usaha.
Seperti pohon yang tidak berdaun, tidak memberi manfaat penuh dan menanti rebah ke bumi. Tapi pohon itu adalah harapan untuk kami percaya jika kami melepasinya, bermakna kami hampir ke puncak dan air tembikai laici padu warung Ah Yong sedang menanti untuk diteguk! 😆
Jangan pernah berputus asa dengan harapan dan jangan berhenti berharap macam lagu Sheila on7 ya! 💪

Rabu, 17 Jun 2020

Bersama 26 orang panel sekolah penulisan ramadan!



Kata Pak Mustar, "Ini betul-betul, bukan cobaan."

Pegang masa depan melalui penulisan sendiri.

Dengan peluang ini, kita membeli alat kerja untuk mencipta peluang lagi dan lagi sepanjang hidup melalui penulisan.

1. Kita membeli fikiran dan amalan 26 orang panel profesional dalam penulisan, penerbitan dan pemasaran.

2. Kita membeli masa selama 11 bulan agar dapat ulang tonton, belajar amal belajar amal dan belajar amal sehingga menjadi mahir.

3. Kita membeli peluang bersama-sama 2020 orang penulis lama dan baru di 17 negara yang sama-sama menyokong mimpi saudara.

4. Kita membeli 30 peta kejayaan yang siap disusun dan sudah pun membawa pulangan kepada peserta yang sudah mencuba.

Kenapa masih di luar pintu?

Pulas tombol, masuk dan ambil.

Jadikan penulisan sendiri harta paling mahal.

Penulisan saudara mesti dibuat semakin mahal isinya sehingga pembaca tak sabar membayar pada harganya.


Selasa, 16 Jun 2020

Sekolah Penulisan Ramadan dibuka!

Tahukah anda Avon asalnya lahir dari fikiran seorang penjual buku?
Lelaki bernama David H. McConnell mendapati para pelanggan perempuan yang ditemui lebih suka kepada sampel minyak wangi yang digandingkan bersama buku.
Sampel minyak wangi digunakan sebagai cara membuka pintu pelanggan merapati McConnell.
Selepas itu dia beralih dan memfokuskan kepada jualan minyak wangi. McConnell mendapati wanita merupakan jurujual yang baik kerana dapat mengaitkan keperluan wanita lain secara natural.
Pada tahun itu, wanita berhadapan desakan kewangan yang tinggi. Salah satu sebabnya, peluang wanita bekerja dan berniaga bukanlah sesuatu yang biasa. Tahun 1886 bukanlah tahun kebebasan kewangan kepada kaum wanita. Mahu mendengar kisah orang perempuan buka bisnes? Lambat lagi.
Avon ditubuhkan dan sekarang sudah berusia 130 tahun.
Kelebihan wanita dalam bisnes termasuklah 'menjual kemahiran' dalam bisnes penulisan.
Tuan Aqif Azizan akan menunjukkan cara bagaimana menjalankan bisnes penulisan ke atas orang bisnes.
Tak kira siapa anda, baik suri rumah, penjawat awam dan swasta, cikpuan boleh menguasai kemahiran menulis sebagai bisnes perkataan.
Panduan diberikan oleh tuan Aqif dan kawan-kawan kilik di sini:


Kelas content Khairul Hakimin Muhammad!





Kelas #Content Online KHM terdekat ialah pada 2hb Julai nanti. Beliau duk buat kelas semasa dalam PKP ini hanya RM99 sahaja.
Kalau ikutkan harga kelas itu RM280. Jika kalian berdepan dengan beliau, harga kelas mencecah RM2,499! Huhuhu.
Ramai antara alumni beliau yang sudah menjadi influencer terkenal. Ada yang sudah mengatasi jumlah follower beliau sendiri. Antaranya Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan, Dr Ahmad Samhan dan ramai lagi.
Kelas ini kalian akan dapat belajar menulis di Facebook dengan betul. Belajar bagaimana nak buat duit dengan sangat tersusun. Mari gais, klik sini sekarang!

Berbuat baik..



"Berbuat baiklah kepada ibumu dan jangan engkau perlihatkan sedikitpun keluh kesahmu kepada ibumu, serta yakinlah bahwa Allah pasti akan menggantikan untukmu nafkah yang engkau berikan kepada ibumu dan layananmu kepadanya."
(Fathul Rabbil Wadud 2/372).
Kawan-kawan, buat baik kepada ibu, emak, mama, ummi kita semua. Dari situ akan muncul banyaknya rezeki sebanyak-banyaknya.

#morning
#nasihat
#berbuatbaik
#hormat
#khm

Khamis, 11 Jun 2020

MyQurban 2020




Melaksanakan Korban atau Akikah bersama MyQurban di Makkah, kalian akan dapat sijil. Semua ini akan diberikan selepas ibadah dilaksanakan di sana.
Harga Kambing di Makkah ialah RM490 seekor sahaja. Tarikh tutup penyertaan ialah malam raya haji nanti. Kalian boleh buat tempahan di sini ya, klik sekarang:

https://bykhm.onpay.my/order/form/korbankambing/4180
https://bykhm.onpay.my/order/form/korbankambing/4180
https://bykhm.onpay.my/order/form/korbankambing/4180