Selasa, 6 Mac 2012

Cubaan ke-2,3,4,5

Dah mcm citer p.ramlee yek.. cobaan...hahaha tp nape ada sampai 5 x ?? nak tahu? nih yg aku nak post.. tp jgn lah gelak guling2 kalau x best or x puitis langsung.. ni cubaan jek.. gara2 asyik baca puisi sastera... aku nak jiwang ke ngan puisi ni? eh, x de ah... nt huda horvejkul muntah ijau lak muahahaha... semua puisi ni x de tajuk sbb aku x tau nak letak pe n ianya bermula dgn cubaan ke-2 sbb dulu2 aku dh post psl puisi ikhlas... aku x kreatif n berjiwa sastera, sorry yek..

Cubaan ke-2

p/s dpt idea dr pict ni.. YB tgh tido.. Taeyang (Hangul)=Sun=Matahari ^^


Langit itu luas
Aku mendengar
mereka berbicara bahasa Tuhan
Bulan
sampaikan salam pada Mentari beradu
Moga esok 
Aku terus bernafas
penuh kehangatan
[Ulu Kinta/160611/7.45pm]

Cubaan ke-3

Mendongak ke langit, kosong
Kosong jiwa
Kosong akal
Kosong deria
Jiwa yang kabut
[Ulu Kinta/271111/8.00pm]


Cubaan ke-4


Teriak
Kau terus berteriak
Janji
Kau terus berjanji
Aku
Mual dengan retorik gilamu!!!
[Ulu Kinta/141211/20.30pm]
p/s: dpt idea sbb ada makhluk ni ssh sgt nak bagi duet kutu aku huhuhu

Cubaan ke-5

Datang Majnun datang
Mereka bertanya
"Apa yang kau mahu?"
Bisu segenap sendi
"Apa yang kau tangis?"
Sebak menyesak dada
"Apa yang kau cari?"
Laila telah direntap pergi...
"Aku buta kasihkan dia,
 Aku tuli kasihkan dia,
 Aku bisu kasihkan dia,
 Aku gila kasihkan dia,
 Kini aku datang mencari Dia"...
[Ulu Kinta/190212/8.12pm]

Sekian~~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan