Sabtu, 6 November 2010

Puisi

Sebulan lalu aku berkunjung ke kedai buku Mubarak di Ipoh. Berkunjung sebentar ke sana sementara ada lagi 30 minit baki untuk rehat. Buku himpunan puisi A.Samad Said itu agak menarik. Yang pasti aku hanya mampu terangau-angaukan buku itu kerana aku tidak punya duit. Walaupun agak mahal tetapi nilai buku itu tidak terbeli kerana itu adalah himpunan ‘rasa’ Pak Samad berpuluh tahun dahulu.


NIKMAT

Apa yang dihasrat
Tapi tak dapat
Adalah nikmat
Yang paling padat
(A.Samad Said)
(Sekarang aku sedang melalui 'nikmat' itu.. dan semestinya gaji bulan depan buku itu pasti aku uliti hehehe suka pada puisi pendek Pak Samad ni dkt belakang kulit buku tu ”p)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan