Jumaat, 19 November 2010

Salam Aidiladha...

Walaupun sudah lewat sehari, aku nak ucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha buat semua muslimin dan muslimat terutama atie yang dapat cuti 2 hari.. (sedih tol aku dpt cuti 1 hari je hukhuk)... Aku nak huraikan apa itu Aidiladha rasa sudah ramai yang berhujah-hujah mengenainya.. Moga setiap amalan kita semua beroleh keberkatan dari-Nya.. Amin.. (tapi aku tertanya-tanya gak ada ker lagu untuk hari raya haji ni ea mcm lagu raya aidilfitri??) 

Sabtu, 6 November 2010

Puisi

Sebulan lalu aku berkunjung ke kedai buku Mubarak di Ipoh. Berkunjung sebentar ke sana sementara ada lagi 30 minit baki untuk rehat. Buku himpunan puisi A.Samad Said itu agak menarik. Yang pasti aku hanya mampu terangau-angaukan buku itu kerana aku tidak punya duit. Walaupun agak mahal tetapi nilai buku itu tidak terbeli kerana itu adalah himpunan ‘rasa’ Pak Samad berpuluh tahun dahulu.


NIKMAT

Apa yang dihasrat
Tapi tak dapat
Adalah nikmat
Yang paling padat
(A.Samad Said)
(Sekarang aku sedang melalui 'nikmat' itu.. dan semestinya gaji bulan depan buku itu pasti aku uliti hehehe suka pada puisi pendek Pak Samad ni dkt belakang kulit buku tu ”p)