Rabu, 4 Ogos 2010

Sensitif

Situasi 2

(Aku, sahabat, pemandu (teman kepada sahabat aku), dan sahabat kepada pemandu)

Sahabat pemandu: Belajar lagi?
Aku: Sudah habis.
Sahabat pemandu: Belajar mana dulu? 
Aku: **** (IPTA)
Sahabat pemandu: Diploma ea?
Aku: Tak, saya Ijazah dulu
Sahabat pemandu: Ijazah? Dah kerja?
Aku: Belum lagi

(Lantas sahabat pemandu terus bercerita kpd pemandu perihal sepupunya yg bersikap berlagak ketika belajar Diploma yg menyatakan dengan Diploma dari IPTA tersebut dia senang2 mendapat pekerjaan  sedangkan hingga kini tidak mendapat pekerjaan tetap. Pemandu hanya mengangguk2 kepala mendengar sahabatnya yang galak bercerita itu dan ini serta disulami ketawa yang amat sinis)

*Bagi aku sahabat pemandu memang tidak sensitif dengan keadaan sekeliling. Ya dia berhak untuk berasa menyampah dan meluat namun dia juga seharusnya sensitif dengan apa yang dituturkannya kerana aku sebagai penumpang kenderaan tersebut juga mendengar perbualan tersebut yang mana aku juga dr IPTA yg sama dan masih belum bekerja. Bagi aku sahabat pemandu yang mendapat ilmu agama yg terbaik itu seharusnya lebih tahu pelajaran moral atau bersopan santun dan berbudi bahasa!!!

*Adakah aku terlalu sensitif atau sahabat pemandu yang tidak sensitif?

Budi Bahasa



Situasi 1
Perempuan: (Menghulurkan buku-buku yang dipinjam)
Aku: Pulangkan?
Perempuan: (Tidak menjawab)
Aku: Ok. Tunggu sebentar ya.
Aku: Adik ada denda RM1. Lewat sehari
Perempuan: Apsal lak ada denda? semalam 2 kali datang, library yang tutup. (Memandang aku dgn rasa tidak puas hati)
Aku: Maaf notis sudah ditampal, library tutup jam 3.30pm hingga 5.00pm untuk program minggu perpustakaan. Selepas tu dibuka kembali hingga jam 7pm. 
Perempuan: (Membayar denda dengan riak muka yang menjengkelkan hati aku!!!) 
Aku: Terima kasih. (Sambil tersenyum)
Perempuan: (Menjeling dan berlalu)

(dalam hati aku: Kurang gula punya budak, buta huruf ke? notis dah tampal sebesar2 alam yang bangang dtg time tutup tu apasal dahla berat mulut nak ckp, baru amek course pharmacy dh nak berlagak bla bla &#%!!!!!)

* Budi bahasa budaya kita!!!!