Rabu, 30 Jun 2010

Apa Cerita???

Lama sungguh tak update blog ni.. Sebetulnya aku sudah kehilangan memori untuk kata kunci blog ni. 3 kali mencuba tetapi tidak berjaya aku terus berputus asa. Banyak perkara yang aku terlepas untuk dituliskan (ada ker cerita menarik nak ditulis???).

FEBRUARI 2010
Awal subuh menerima kiriman sms dari teman. Salah seorang teman persekolahan meninggal dunia kemalangan. Kelu dan sendu. Bersama teman yang lain sempat aku menziarahi jenazahnya sebelum dikebumikan. Al-Fatihah untuk temanku itu moga kau tenang di sana.

Farewell!!!~~~ Adik aka Sikenit meninggalkan kami semua untuk belajar. Berlepas dari KLIA menuju ke NZ jam 8.30pm.. Sayonara!!! Harap kau belajar dengan jayanya... (pertama kali melihat ayah menahan sebak walaupun adik pergi untuk seketika, tahun depan ketemu sama dia lagi... mak semestinya seperti biasa hehehe aku dgn along sibuk memesan itu dan ini hahaha).

APRIL 2010
Berpindah semula ke Kem. Rindu setelah 2 tahun meninggalkan Kem. Banyak sungguh kenangan selama 23 tahun mendiami Blok AE. Pahit, manis, masin, kelat, tawar semua terhimpun di situ. Akhirnya aku kembali. Moga ada sinar di situ.

MEI 2010
Akhirnya sekian lama menunggu, bersabar, menangis, bermuram durja aku diterima untuk bekerja di sebuah kolej di Ipoh. Alhamdulillah.. Terima kasih Tuhan walaupun berjawatan kecil, itu bagai rahmat buat aku. Tiada lagi istilah bersenang-senang lagi mulai sekarang. (Buku-buku sudah menyeru-nyeru nama aku, sepertimana Atie diseru-seru nama oleh buku dan lambakan kerja perpustakaan heheh).

Itu sahaja peristiwa yang berlaku sepanjang setengah tahun ini. Seperti sebelum ni, tidak banyak  perubahan, cerita yang berlaku dalam hidup aku. (Kecuali aku termimpikan nama Ahmad Soleh 2 malam berturut-turut hahaha). Harapan aku agar tahun ini aku dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik, keluarga aku sentiasa bahagia, dapat membeli seberapa banyak buku dan komik yang aku suka, serta dapat memenuhi buku setem aku dengan koleksi yang cantik-cantik. (Jodoh aku?? rasanya belum lagi kecuali Ahmad Soleh datang menjelma~~~)

5 ulasan:

  1. sape plak ahmad soleh?? tak tau pun....hehhe...weh,cmne hng dpt blog aku???hahhaha...blh plak aku tak kenal sp follower aku....hahhahahhaahhah

    BalasPadam
  2. haha ahmad soleh tu suka2 je masuk dlm mimpi aku..hahah pe da x kenal aku lak... aku juz walking then terjumpa blog ko... nice blog ya hehehe

    BalasPadam
  3. salam..ni mcm marathon tuk diary hati ain je tuk bulan2 yg tertinggal(?really i miss this blog la)...hmmmm..well thanks my frend i like it...hehehe..teruskan mewarnai ISRAQ k dgn cerita yg best k....

    BalasPadam
  4. Ain..bila agaknya Ahmad Soleh tu nk muncul ye?hmmm....i wonderlaaaa...cepatlaaaa x sabor nk ngok..hikhik(aik,ober plak i ni kan..hahahahahah)

    BalasPadam
  5. hahaha tq atie mmg marathon pun... almaklumlah bukan penulis yg hebat dan rajin..

    BalasPadam