Sejak akhir-akhir ini, mereka di sekeliling aku sering menyatakan hasrat untuk berdiet. Sebelum ini pertanyaan yang sering dilontarkan mereka kepada aku adalah "Ain, kita berisi/gemuk tak?", "weh aku gemuk tak?", camne nak kurus ea" dan sebagainya. Pendapat aku, hendak berdiet, berdietlah dengan diet yang seimbang. Contoh mudah, sebelum ini selalu order teh tarik atau yang bersusu tukarkan dengan 'O' seperti teh "O" , begitu juga dengan makanan jika selalu memesan hidangan bergoreng maka tukarkan ia dengan yang bersup, juga perlu banyak meminum air kosong. Terdapat banyak method diet yang boleh diaplikasikan namun perlu diingat jangan terlalu obses hendak berdiet sehingga boleh menjejaskan kesihatan akhirnya mendapat gangguan pemakanan seperti Anorexia Nervosa atau Bulimia Nervosa. Selain itu amalkan bersenam walaupun 5 minit sehari.
Bagi aku tidak perlu menggunakan produk untuk menguruskan badan yang mana perlu mengeluarkan kos perbelanjaan yang banyak dan mahal. Agak merbahaya juga apabila selalu bertukar-tukar produk, mungkin akan mengundang kesan sampingan terhadap kesihatan badan. Juga tidak perlu terlalu mengejar untuk menjadi kurus seramping yang boleh secara drastik asalkan mendapat kesihatan yang baik itu sudah cukup.
Bagi aku apa yang dipaparkan di dalam rancangan 'The biggest loser' itu adalah solusi yang terbaik. Bersenam, berdiet seimbang dan katakan tidak pada produk. Selain itu fizikal dan mental juga perlu kuat jika ingin berdiet. Dan perlu diingat godaan dan cabaran semasa berdiet itu berat kerana berdiet ini melibatkan keinginan dan hasrat minda, tekak, dan perut manusia. Jadi selamat berdiet!!! (ada satu forum yang aku lihat di internet mengenai diet. tidak salah aku nama forum tu kelabdiet.com. terdapat info-info, petua, tips dan nasihat bagaimana hendak berdiet.)