Rabu, 18 Mei 2016

Puisi 11


Pegun
di hadapan lorong
Kiri dan kanan
hidup jiwa-jiwa 

Pegang cerita
dari bahagia
hingga kosong...


Meto-san (11.43am /160516)

Bukchon Hanok Village, Seoul South Korea (220416)

Isnin, 19 Januari 2015

King Sany Burger

Burger Super King, burger king, burger kambing, burger ikan, burger ayam dan daging.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...
King Sany Burger telah beroperasi di ipoh sejak dari tahun 2006. Sejak dari itu ianya terus berkembang maju dengan penambahan menu bagi memantapkan lagi perniagaan beliau. Di antara menu yang top adalah burger king, burger kambing, burger ikan, burger ayam dan daging.

Lokasi
Lokasi utama perniagaan adalah di Jalan besar Pengkalan Pegoh, Ipoh, Perak ( Berhampiran Sekolah Rendah Kebangsaan Pengkalan Pegoh)

Koordinat : 4.532233, 101.069841
Link Google Map
( rujuk peta )

Beliau turut menyediakan servis delivery ke rumah sekitar pengkalan pegoh, ipoh  kepada pelanggan nya. Bagi yang berminat untuk membuat tempahan burger, bolehlah hubungi beliau seperti tertera di bawah ini.
Call/Whatsapp : Sany 019 544 1909

Sehubungan dengan itu, dengan usahasama dengan blog MyCherita. Pihak beliau telah sudi menawarkan hadiah sempena pelancaran Menu Baru Produk keluaran King Sany Burger Burger Super King untuk tahun 2015 bagi segmen giveaway MyCherita


Burger Super King, burger king, burger kambing, burger ikan, burger ayam dan daging.


Segmen Give Away ini ditaja oleh:

Tempoh Segmen:
15 Jan 2015  hingga 27 Jan 2015 [23:59PM]

Hadiah:

T Shirt Exklusif dari King Sany Burger x 5
MUG Exklusif King Sany Burger x10
 PEN  Exklusif King Sany Burger x10
Voucher Burger dari King Sany Burger x10
Topup RM10 x 3

Jom Join Segmen GA ini..Klik Banner atau link dibawah ini Untuk Join

Rabu, 2 Julai 2014

Hello~

oh lama dah tak update
entry trip pon mls nak sambung
ni dah nah masuk trip ke 3 dah
bln 11 nt pegi lagi sana bwk member
hope berjln lancar.. n yang ni last ke sana
sblm berangan ke japang 2016 pula..

thn ni aku dpt abg ipar
thn dpn dpt bakal adik ipar
aku? still da same lor hehehe
mau cari hasben angkat.. taeyang boleh?
hahaha..

byk perkara nak buat lagi
nanti rajin baru leh update koleksi baru
dah stop kmpl figurines, beli HK toy je yg mcd kuarkan
mood puasa skang..

ok selamat beramadhan, tingkatkan amalan! go go go meto!

Sabtu, 18 Januari 2014

Seoul - Jeju Autumn Nov 2012 pt1

011112 (KHAMIS)
1st trip dalam hidup.  Terus ke luar Malaysia okeh. Bajet perasan kekdahnya, realiti nan hado. Dalam Malaysia pon tak abes jejak lagi-lagi negara jiran.. kehkehkeh


Imah, Nani, Chunji tunggu sapa tu? 
Tengah tunggu turn nak naik flight lepas check imigresen. *kredit pict eyqa
Ahli rombongan Cik Kiah yang ramai~ dari Perlis (Sarah), Terengganu (Eyqa), Klang (Ciku), dan majoriti dari Ipoh mali, aku, Imah, Nani, Chunji~

Group Ipoh sampai LCCT kol 6pm, Ciku smpi 8pm lebih, then Eyqa, last sekali cik Sarah, lambat sampai, flight dari Penang delay hujan lebat. 1st time jumpa Sarah.

1am flight AA berlepas pada 1 Nov 2012, 6 jam lebih masa perjalanan ke Incheon Airport. Harga tiket adalah RM603 seorang (return tix). Gigih sangat lah kan buat research pasal Korea dari tahun 2011 lagi untuk trip backpack ni. Tiket kami dah booking dari bulan Feb 2012, dapat lah harga yang murah coz promo AA x kan.

Dalam flight, semua orang akan dapat form dan kena isi pasal butiran diri, tempat tinggal kt Seoul nanti. Orang Malaysia nak bertrip ke Korea Selatan tak perlu Visa, cukup sekadar dengan buku merah tu.

1st rasa naik flight ok je la kan walau ada gegaran kecil. Tak de lah aku panic ke hapa. Kami ber 6 dapat makan nasi lemak Pak Naseer. Lagi sorang Chunji keciciran sebab Ciku salah booked, pergi ktorang ber6 dapat makan, tapi Chunji sorang dapat makan time flight balik nanti. Ala lagipon tengah malam buta tu tak selera pun aku nak makan, tido je kejanya. Truly ckp nasi tu aku tak suka sangat sebab tak berapa ngam dengan perut aku, sebab aku sakit perut lepas makan nasi tu.


Kami ber7 selepas sampai Incheon Airport. Kredit pict Sarah
Flight touchdown kol 7am lebih, tengah musim autum in my heart. Berasap mulut ahkak. Suhu belum cecah negative tapi dah gigil. Then beratur la kat depan imigresen Korea Selatan. Kena bagi buku merah untuk cop, form yang dah diisi, print jari telunjuk kiri kanan tangan, scan anak mata lagi, canggih ok. Seorang petugas korea tu tanya member aku, “why ah Malaysian suka bagi thumb untuk scan?” Huhuhu ye la dah biasa thumb print, ingat standard sama la 1 donia hehehe lain rumput lainlah belalangnya ~

Settle beg, dari Incheon Airport kami bergerak naik Arex (train laju). Destinasi yg dituju adalah ke Gimpo airport untuk ke Jeju Island. Sebelum tu beli dulu T-money card dekat G25 mart (korea mart) dalam airport, serupa card train LRT rapid tu, boleh topup kat mesin. Aku dengan beberapa yang lain terbeli lah phone card, bajet nak call Malaysia lah, sekali tak reti guna, peram je la buat kenangan.
Gimpo Airport : mereka tersenyum riang

Ni action je, dah abes makan dah, saja soh depa wat iklan Mee Maggie. Gigih beli ramen korea yg tak halal semata nak bekas je. 1st time dengar sebijik2 bahasa hangul. perkataan yang disebut adalah “changkanmal “(wait ah) sbb uncle kedai tu nak tolong curah air panas untuk maggie.

BAJET YG DIKELUARKAN:
T-MONEY CARD = KRW 2,500
Top Up = KRW 4,000
PHONE CARD = KRW 10,000

TOTAL= KRW 16,500

To be continued… *Tak sabar untuk pergi 2nd trip next week. Hope dipermudahkan.. Amin

Khamis, 26 Disember 2013

25th -----> 31st JAN 2014

Lagi 29 hari lbh nak balik kampung..
kampung lah sgt kan hahaha..
kerja gila, keputusan 3 saat, terus booking tix flight..
nak hirup udara seoul buat kali ke 2 huhuu..
kali ni gi time winter~ seoul here we come!
#kerja gile berdua dgn kwon chunji